Iran berjaya tembak jatuh B-2 Spirit?
Sekeping gambar yang menunjukkan beberapa tentera Iran di samping sebuah kapal terbang pengebom canggih Amerika, B-2 Spirit yang terhempas di sebuah padang pasir telah memberikan persepsi besar kepada perang Iran dengan Amerika dan Israel.
Ini kerana, Amerika sangat berbangga dengan kapal pengebom canggih yang halimunan ini.
Yang lebih menarik lagi, AI mengesahkan gambar ini adalah bukan AI Generated tetapi ‘Human’.
Sebuah akaun Facebook, Andrew Lincoln TV telah menyiarkan sekeping gambar yang memaparkan kapal B-2 Spirit yang terhempas di samping sekumpulan tentera Iran.
“Dakwaan seperti ini serta-merta mengubah perbincangan: Iran menyatakan bahawa ia telah menembak jatuh sebuah pesawat B-2 Spirit milik Amerika Syarikat, sesuatu yang belum pernah berlaku jika disahkan secara rasmi.
“Reputasi pengebom itu sebagai salah satu pesawat paling canggih yang pernah dibina menjelaskan mengapa laporan ini sangat penting kepada penganalisis, kerajaan, dan orang awam di seluruh dunia.
“Jika disahkan, ia akan menjadi salah satu kehilangan paling simbolik dan paling banyak diperkatakan dalam sejarah kuasa udara moden Amerika,” tulis Andrew Lincoln TV.
Status ini telah dikongsikan oleh lebih 6,400 di samping lebih 10,000 komen pembaca.
Seorang pembaca status ini, Duy Quang telah menulis seperti berikut:

“OMG, I’m checking whether this image was created by AI or not…” sambil menyiarkan cetak layar komen dari AI itu.
Sehingga kini, berita kejatuhan kapal B-2 Spirit belum disahkan lagi namun komen-komen penuh dengan sindirin ke atas Iran.
BACA JUGA ‘Mesyuarat mana yang putuskan Dr Sam calon PM?’ – Menantu Hadi persoal