Kerajaan laksana 9 langkah ringan beban sempena Aidil Fitri, no 8 paling disenangi

Kerajaan Madani melaksanakan lapan langkah untuk meringankan bebanan rakyat sempena Hari Raya Aidil Fitri ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara langkah itu itu adalah potongan harga tol 50 peratus pada 18 dan 19 Mac ini di kesemua lebuh raya kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA).

Inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol, katanya.

Diskaun ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis), melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di tiga plaza tol di atas.

Tujuh lagi langkah itu adalah:-

ï‚· Pemberian cuti tambahan Aidilfitri
ï‚· Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28
Mac 2026
ï‚· Bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 10 Mac
2026 kepada 5.2 juta penerima melibatkan RM1.3 bilion
ï‚· Penyaluran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam, pesara
dan veteran, termasuk sumbangan khas kepada lebih 70,000 imam, bilal,
tok siak, noja, marbut serta guru KAFA dan takmir
ï‚· Peluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa bernilai RM400 kepada
pelbagai institusi pengajian tinggi
ï‚· Pelaksanaan hampir 1,900 Program Jualan Rahmah MADANI sepanjang
Ramadan bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga berpatutan
ï‚· Larangan penjualan minyak masak paket bersubsidi kepada warga
asing bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia.

Menurut Anwar, Kerajaan MADANI menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia juga akan
melaksanakan ikhtiar pelepasan kebankrapan secara Fast Track. Justeru
bersempena Aidilfitri, sekitar 4,000 individu, khususnya ibu dan bapa tunggal
akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan.

“Semua langkah ini adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang
menjadi teras Kerajaan MADANI dalam memastikan rakyat terus menikmati
manfaat daripada kemakmuran yang kita usahakan bersama.

“Pada masa sama, saya ingin mengulangi seruan agar rakyat terus berbelanja
secara berhemah sepanjang meraikan Syawal.

“Dalam keadaan ekonomi duniayang masih tidak menentu, semua pihak perlu mengurus kewangan secaraberdisiplin sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan pada masa
hadapan,” katanya.

Mewakili seluruh jentera Kerajaan MADANI, PM Anwar mengucapkan Selamat Hari
Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Semoga Aidilfitri disambut dalam suasana aman dan penuh kesyukuran bersama keluarga serta insan tersayang,” katanya.

BACA JUGA ‘Mesyuarat mana yang putuskan Dr Sam calon PM?’ – Menantu Hadi persoal