Tamim Dahri bukan di Thailand? Video di Masjid Nabawi jadi tanda tanya

Aktivis Tamim Dahri memuat naik video di Masjid Nabawi, Madinah ketika pihak berkuasa mendakwa dia melarikan diri ke Thailand.

“Solat Asar di Masjid Nabawi,” tulisnya di akaun Thread malam tadi.

Perkembangan itu hadir ketika Ketua Polis Negara memaklumkan bahawa aktivis itu akan dituduh di mahkamah pagi ini tanpa kehadirannya yang didakwa masih di Thailand.

Video itu menimbulkan banyak persoalan tentang keberadaannya ketika ini.

Sehari sebelumnya, dia memuat naik hantaran dengan tanda pagar #catchmeifyoucan.

Dia bertanya adakah pihak berkuasa yakin dia berada di negara jiran.

Tamim Dahri difahamkan akan dituduh di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana merosakkan solem suci di Tapak Lama Kuil Sri Maha Muniswarar, Langkawi, Kedah.

Seorang lagi individu kontroversi, Zamri Vinoth akan didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan mengenai penganjuran perhimpunan di perkarangan Sogo, Kuala Lumpur pada 7 Februari lalu.

BACA JUGA Tamim Dahri didakwa tanpa kehadiran, Zamri, dua lagi individu juga didakwa esok