Ini keadaan di Thailand sekarang, elakkan melancong ke sana buat sementara
Gelombang panik mula tercetus apabila stesen-stesen minyak di Thailand diserbu orang ramai yang mahu mengisi minyak kenderaan masing-masing.
Situasi itu dipercayai berlaku susulan kebimbangan terhadap harga minyak dunia yang dijangka memberi kesan kepada wilayah itu.
Dalam satu perkongsian di Facebook, pemandu kereta dan penunggang motor terpaksa beratur di hadapan sebuah stesen minyak.
Suasana itu tidak pernah dilihat sebelum ini.
Menurut info orang ramai, ianya berlaku hanya di kawasan kampung-kampung dan bukannya di bandar.
Pun begitu ada baiknya untuk rakyat Malaysia mengikuti saranan pihak berkuasa supaya menangguhkan perjalanan tidak penting buat masa sekarang.