Aidilfitri Sabtu ini bukan esok

Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1447H sekali gus Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac ini.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

Sebelum ini, ahli falak berkata, potensi untuk kenampakan hilal atau anak bulan Syawal pada petang tadi adalah rendah.

Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah, Dr Ahmad Irfan Ikmal Hashim berkata, pandangan sesetengah pihak yang mengatakan 1 Syawal mungkin jatuh pada esok adalah berdasarkan kaedah cerapan lama.

Beliau menjelaskan, kaedah tersebut menetapkan bahawa anak bulan perlu berada pada ketinggian melebihi dua darjah di atas ufuk.

Ahli Jawatankuasa Falak Syarie Pahang dan Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan berkata, berdasarkan data Syawal 1447H, kriteria Imkanur Rukyah atau kenampakan anak bulan tidak dipenuhi.

BACA JUGA Ini sebabnya kerajaan beri satu hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri