PM Anwar pulang ke Cherok Tok Kun menjelang Hari Raya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke kampung halamannya di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

“Pulang ke Cherok Tok Kun bagi menziarahi keluarga sambil menjejak kembali teratak yang menyimpan seribu satu kenangan.

“Di sinilah segalanya bermula, tawa kecil, didikan penuh kasih, dan susah senang yang membentuk keperibadian ini,” tulis Anwar di facebook beliau.

Anwar menulis, “Tatkala Aidilfitri menjelma, teratak ini tetap hidup dengan kenangan, namun dalam diam terasa ruang yang sedikit berbeza.

“Masih ada yang menghidupkan suasana, masih ada tawa yang menyapa, tetapi tidak lagi sepenuhnya seperti dahulu.

“Ada wajah-wajah yang kini hanya hadir dalam ingatan namun dekat di hati, menjadikan setiap detik terasa lebih bererti,” kata Anwar.

Katanya, Aidilfitri mengajar kita tentang erti pulang bukan sekadar ke tempat, tetapi kepada kenangan, kepada kasih sayang yang tidak pernah hilang.

“Semoga segala yang telah pergi terus damai di sisi-Nya, dan yang masih ada terus menghargai setiap detik Bersama,” katanya.

Esok umat Islam di Malaysia akan mula menyambut Hari Raya selepas diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja malam tadi.

BACA JUGA F-35 dah tak boleh menyelinap