Haram guna duit raya anak-anak

Ibu bapa diminta berhati-hati apabila menggunakan duit raya yang diperolehi oleh anak-anak sepanjang hari raya ini, kerana jika tersalah guna boleh jadi haram, kata pempengaruh dan penceramah bebas.

“Haram ibubapa guna duit raya anak-anak,” kata Amin Idris dalam satu posting beliau difacebook sempena hari raya ini.

“Duit tu diberi KHUSUS untuk anak-anak. Kalau nak guna sekalipun, hanya untuk KEPERLUAN KHUSUS anak-anak,” kata Amin, penceramah bebas di stesen TV dan radio itu.

Menurut beliau, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit raya anak-anak untuk untuk keperluan umum seperti minyak kereta, sewa rumah, barang dapur.

“Jika terguna, wajib ganti semula,” kata beliau dalam posting itu.

Kanak-kanak antara pihak yang paling gembira sepanjang sambutan hari raya ini.

Di kalangan orang Cina, kanak-kanak diberikan ang pow manakala di kalangan orang Melayu ia dinamakan duit raya.

Kegembiraan utama kanak-kanak adalah apabila mereka menerima duit raya dari saudara mara.

BACA JUGA Tahan kenaikan harga minyak demi lindungi rakyat, kata PM Anwar