Implikasi serangan ke atas Diego Garcia

Oleh SYAM GHAZ

London, Paris, Berlin, Rome, Madrid, Oslo dalam radius peluru berpandu baru Iran.

Iran melancarkan peluru berpandu jarak jauh (~3,700–4,000 km) ke arah pangkalan tentera di Diego Garcia

  • 1 misil gagal, 1 lagi dipintas sistem pertahanan
  • Tiada impak langsung ke sasaran
    Ini adalah percubaan jarak paling jauh pernah dibuat oleh Iran. Ia adalah percubaan serangan paling jauh dalam sejarah Iran
  • Ia membuktikan Iran ada capability melebihi 2,000 km (yang sebelum ini didakwa maksimum)
  • Diego Garcia = pangkalan utama bomber US (B-1, B-2) & submarine nuklear
  • Iran cuba hantar mesej: “Boleh capai target luar Timur Tengah”

Iran nampaknya cuba memberitahu Washington dan London bahawa pangkalan jauh yang digunakan untuk operasi terhadap Iran tidak lagi boleh dianggap selamat secara automatik.

Reuters melaporkan UK telah meluluskan penggunaan Diego Garcia dan RAF Fairford oleh AS untuk serangan terhadap tapak misil Iran yang menyasarkan perkapalan di Selat Hormuz.

Ringkasan Pangkalan AS dalam Radius 4,000km

▪️Diego Garcia (Lautan Hindi): Hab pengebom strategik (B-2 & B-52) dan kapal selam nuklear. ~2,500-4,000 anggota.
▪️Qatar (Al-Udeid): Ibu pejabat hadapan CENTCOM dan pusat operasi udara terbesar. ~10,000 anggota.
▪️Bahrain (NSA Bahrain): Ibu pejabat Armada ke-5; kawalan trafik maritim dan kapal perang. ~7,000-9,000 anggota.
▪️Kuwait & Arab Saudi: Pusat logistik darat dan pertahanan peluru berpandu (THAAD/Patriot). ~15,000 anggota.
▪️Djibouti (Afrika): Pangkalan dron dan pasukan khas untuk kawalan Laut Merah. ~4,500 anggota.
▪️Eropah Timur (Romania/Poland): Tapak pertahanan misil Aegis Ashore yang berfungsi memintas peluru berpandu Iran ke arah Eropah/Lautan Atlantik.
Statistik Keseluruhan Jumlah Tentera: Anggaran 50,000 – 65,000 anggota (termasuk pasukan giliran).

Aset Utama: 200+ jet pejuang, 2 kumpulan pengangkut pesawat (Carrier Groups), dan sistem pemintas peluru berpandu bersepadu.

Pelaburan: Kos operasi dan infrastruktur melebihi USD 15-20 bilion setahun untuk mengekalkan dominasi di tiga benua (Asia, Afrika, Eropah).

Implikasi: Serangan ke atas Diego Garcia membuktikan pangkalan “kebal” AS kini terdedah, memaksa AS memperkukuh sistem Aegis dan THAAD di seluruh negara sekutu dalam radius tersebut.

Sifir perang US-IRAN dah berubah total, ‘game changer’ yang dilancarkan Iran menjadikan pengkalan tentera paling selamat dan paling strategik US utk kawal Timur Tengah sudah tidak selamat.

Makin menarik

BACA JUGA Krisis minyak di Thailand, kita sewajarnya bersyukur