Ini penjelasan Anwar kenapa harga minyak terkesan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penjelasan kenapa harga minyak turut terkesan ekoran komflik di Asia Barat.
Berikut adalah penjelasan beliau:-
Sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat, yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, ramai yang bertanya mengapa harga minyak di Malaysia turut terkesan sedangkan kita negara pengeluar minyak
Sebenarnya:
🚢 Selat Hormuz, laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik ini
📈 Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak
🛢️ Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz
🏭 Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport
💵 Untuk melindungi rakyat, subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu
⛽️ Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel
Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
BACA JUGA Gelagat Exco Terengganu sekali lagi jadi sorotan