Perang Iran: AS dan Trump terkena jerat sendiri

Oleh NASAIE ISMAIL

Kelmarin adalah detik gelap buat Israel apabila lokasi yang dianggap paling selamat di tanah jajahan tersebut tembus begitu mudah dengan peluru berpandu Iran iaitu di Dimona dan Arad yang mana salah satu daripadanya adalah lokasi terletaknya loji nuklear Israel.

Pada hari yang sama juga, media Barat memberitakan dua peluru berpandu Iran telah ditembak ke Pangkalan Tentera Amerika Syarikat (AS) dan British di Diego Garcia di Lautan Hindi yang terletak 4,000 km jaraknya dari Iran.

Ia memberi petunjuk baru bahawa Balistik Missile Iran bukannya sekadar berjarak 2,000 km sebagaimana disebut-sebut sebelum ini, tetapi lebih daripada itu, memberikan ancaman baru Iran terhadap US dan Israel adalah luar daripada batas batas rantau Timur Tengah.

Walaupun ia dinafikan oleh Menteri Luar Iran, tetapi ramai mempercayai ia datangnya dari kumpulan bersenjata yang ada kaitan dengan negara tersebut termasuk luar Iran.

Dua hari sebelumnya, Iran dan US sama sama mengesahkan Fighter Jet tercanggih F35 dan diwar warkan sebelum ini tidak boleh disentuh oleh mana mana serangan musuh telahpun terkena serangan Iran sehingga menyebabkan ia diakui US terpaksa membuat pendaratan cemas.

Walaupun tidak membawa kepada meletupnya jet tersebut, tetapi ia menghilangkan keyakinan kepada US yang selama ini berbangga dengan pesawat perang tercanggih milik mereka yang menjadi kegilaan banyak negara negara sekutu.

Keempat. Trump kelmarin memberikan ucapan khas mengecam sekutu-sekutunya terutamanya anggota anggota NATO yang pengecut tidak mahu menyertai perang US-Is ra el terhadap Iran walaupun sekadar menyertai operasi khas membuka Selat Hormuz.

Ia adalah buat kali pertama US berperang tanpa sekutunya berbanding Perang US-Iraq 2003, US-Afghanistan 2001, Teluk 1 dan 2, Perang Korea dan lain-lain.

Hilang keyakinan

Kesemua empat kejadian ini mengesahkan bahawa AS telah pun hilang keyakinan sebagai sebuah kuasa ketenteraan paling kebal di dunia walaupun mempunyai senjata tercanggih dan bajet perang terbesar di dunia.

Kesungguhan Trump memujuk dan kemudiannya mengugut sekutunya agar menyertai perang terhadap Iran menunjukkan bahawa US tidak mampu tanpa bantuan sekutunya.

Begitu juga dengan tembakan yang dihalakan kepada pangkalan tenteranya di Diego Garcia, tembakan kena kepada Fighter Jet F35 dan tebuskan ruang udara Dimona menghilangkan keyakinan sekutunya terhadap kecanggihan dan kekebalan persenjataan dan pangkalan tentera paling selamat milik US. Hilang keyakinan tidak hanya persepsi, tetapi terbukti ianya berlaku dalam tempoh masa selang beberapa hari sahaja kejadian tersebut.

US yang sekian lama terlalu berkuasa salah satunya disebabkan faktor sokongan sepenuhnya sekutu-sekutunya samada di Eropah, Jepun, Korea dan Australia dan negara negara Teluk.

Tetapi disebabkan perang yang US lancarkan kepada Iran, ia membuka satu persatu kelemahan mereka dan menghilangkan keyakinan sekutu.

Maka tidak pelik bila tidak ada sekutu yang ingin menyertai US secara langsung dalam perang ini. Itu baru hal ketenteraan. Belum lagi dibahas soal ekonomi.

Ketika US bergelut mempertahankan supremasi atau dominasi ketenteraannya di peringkat antabangsa, rakan jenayahnya Is ra el membawa haluan perang yang berbeza.

Serangan Is ra el secara bersendirian terhadap South Fars iaitu lapangan gas terbesar milik Iran, bahkan antara terbesar di dunia dikongsi bersama dengan Qatar telah pun mendatangkan kritikan Presiden Trump.

Samada ia lakonan atau benar-benar kritikan, tetapi hakikatnya ia telah merosakkan usaha Trump dan US untuk mempertahankan harga minyak dunia agar tidak melepasi USD 100 dollar.

Selepas Iran memulakan sekatan terhadap Selat Hormuz, harga minyak dunia melonjak kepada hampir 120 dollar dan ia berjaya turun ke paras sekitar 90 dollar apabila Trump mengumumkan beberapa perkara termasuklah pengistiharan bahawa perang akan ditamatkan dengan segera bagi melegakan tekanan pasaran.

Kemudian Trump sanggup menebalkan muka menarik balik sekatan terhadap Russia yang membolehkan negara-negara di dunia mula membeli kembali minyak dan gas dari Russia.

Ia bakal menguatkan Russia dan sekaligus melemahkan sekutu US di Eropah yang sedang bergelut dengan perang di Ukraine. Tetapi Trump lakukannya bagi mengawal harga minyak agar tidak melepasi 100 dollar.

Tetapi dengan serangan Is ra el terhadap South Fars itu membawa serangan balas Iran terhadap lapangan atau pusat pemprosesan Gas di Qatar, Saudi dan UAE, membawa kepada meroketnya harga minyak kembali kepada hampir 120 dollar.

Hal ini memberi kesan kepada Eropah dengan kenaikan hampir dua kali ganda harga gas dan menaikkan juga harga minyak dan gas di Amerika.

Negara negara lain khususnya di Asia tentulah lebih buruk terutamanya Korea Selatan, Jepun dan India yang selama ini menuruti kehendak US dan bergantung kepada sumber dari negara negara Teluk.

Begitu juga Thailand dan Vietnam yang mengimport hampir sepenuhnya minyak dan gas khususnya dari rantau tersebut.

Berdepan kesukaran

US berdepan kesukaran kerana impak buruknya terkena kepada sekutu sekutunya sendiri menambahkan hilangnya keyakinan sekutu kepada US.

US mencari jalan keluar kepada peperangan ini sebelum keadaan menjadi lebih parah. Tetapi jalannya tidak ditemui.

Jika hendak menjayakan gencatan senjata, maka US terpaksa memenuhi kehendak Iran yang jelas syarat utamanya semua pangkalan tentera US di Middle East mesti ditutup dan tidak ada lagi sebarang aset ketenteraan US di rantau tersebut. Ia mustahil untuk berlaku.

Jika diteruskan perang kepada bulan kedua dan keseterusnya yang boleh jadi 6 bulan atau memasuki tahun berikutnya, maka jelas ekonomi dunia akan terkesan dengan begitu buruk.

Negara negara yang tidak terlibat termasuk di rantau Asia Tenggara semestinya akan terkesan teruk bukan sekadar kenaikan harga minyak, gas dan makanan, tetapi hampir kesemua rantaian ekonomi termasuk industri, sektor pembuatan, pengangkutan dan sebagainya membawa kepada pengangguran, ketidakstabilan politik dan membawa kekacauan.

Tetapi mimpi lebih buruk ialah ia akan merosakkan terus ekonomi sekutu-sekutunya di Barat dan di Timur dan ekonomi Amerika sendiri bakal berdepan keruntuhan. Tanpa kekuatan ekonomi sekutunya di Eropah, di Asia (Jepun dan Korea) serta di Middle East secara khusus negara-negara Teluk, maka pelbagai sektor di US akan merudum dengan teruk.

Bagi Iran, perang panjang pasti mengesankan, dengan kemusnahan besar dan kematian orang awam yang semakin besar.

Tetapi istilahnya buat Iran ialah ‘nothing to lose’ kerana bukan Iran memulakan perang tetapi mereka diperangi dan tidak mudah untuk mereka menghentikan perang segera kerana kelak Is ra el dan US akan kembali menyerang mereka.

Jadi, tiada kebimbangan bagi pihak Iran dengan akibat tersebut kerana mereka bersedia dan lebih bermotivasi untuk menghukum musuh mereka untuk dilemahkan di tahap paling maksimum.

Iran juga menjadi wakil kepada hampir kesemua negara di dunia yang terlalu lama dibuli dan ditekan oleh US, untuk memulakan tindakan.

Maka dalam diam-diam terlalu banyak negara di dunia mengalu-alukan Iran untuk melihat ranapnya kekuasaan US. Itulah isunya ketika ini, US yang bimbang semakin hilang pengaruh, kekuasaan dan kekayaan ekonomi yang semakin runtuh.

Ketika US bergelut mempertahankan dominasi ketenteraan dan ekonominya yang semakin tercabar, Israel membawa haluan berbeza.

Bukan sekadar serangan terhadap lapangan gas milik Iran di South Fars, tetapi pembunuhan Setiausaha Keselamatan Iran Ali Rajiani dikritik meluas di Amerika.

Ali Rajiani dianggap arkitek perang Iran selepas ketiadaan Jeneral Qasem Sulaimani, tetapi pembawaan beliau yang dikenali sebagai ahli akademik yang pakar dalam bidang Sains, Matematik dan Falsafah itu memperlihatkan beliau juga adalah seorang diplomat yang mahir.

Maka apabila Is ra el membunuh Ali Rajiani, memperlihatkan bahawa Is ra el membunuh usaha untuk berlakunya gencatan senjata. Hal ini yang diulas banyak di media media Amerika.

Ia bukan perkara baru. Ketika pemimpin Hamas hendak bermesyuarat tahun lalu di Qatar bagi membincangkan gencatan senjata di Qatar, Israel melakukan serangan terhadap lokasi tersebut kerana tidak mahukan ceacefire.

Begitu juga sebelumnya pembunuhan dilakukan terhadap Ismail Haniyah juga antaranya kerana beliaulah yang mengetuai rundingan gencatan senjata.

Netanyahu tidak mahu

Israel atau secara khusus Benjamin Netanyahu tidak mahu perang ini dihentikan walaupun akibat buruk sedang melanda bukan sahaja kepada ‘budaknya’ Amerika Syarikat tetapi juga kepada Israel sendiri.

Perang Arab-Is ra el yang berlaku secara berdepan iaitu di negara negara bersempadan denganya melibatkan banyak negara iaitu Mesir, Syria, Jordan, Iraq dan lain-lain, tidaklah seburuk serangan balas Iran selama 3 minggu ini terhadap Is ra el.

Perang Arab-Is ra el 1948, 1967 dan 1973 itu tidak memberikan kesan secara langsung di jantung Is ra el iaitu di Tel Aviv, Haifa dan Jurusalem yang mempunyai jumlah penduduk teramai.

Tetapi peluru-peluru berpandu dan drone drone Iran kini setiap hari menembusi langit di ketiga tiga lokasi tersebut, bahkan lebih daripada itu. Tetapi itu tidak menjadi perkiraan Neta nyahu, beliau mahu menyelamatkan dirinya agar kekal di kekuasaan, maka negara perlu kekal di bawah darurat peperangan.

Sukar buat US yang sedang mencari jalan keluar dengan sikap Is ra el yang membawa haluan berbeza tersebut.

Disebalik tegasnya Trump dan Menteri Perangnya mengumumkan beberapa kali bahawa mereka telah menang dan berjaya sepenuhnya memusnahkan ketahap maksima nuklear, balistik missile, drone dan tentera laut Iran, tetapi hari ke hari mereka kekal menerima serangan balas Iran. Apa yang musnah sebenarnya?

Malah lebih buruk daripada itu, bukan sekadar Russia dicabut sekatan penjualan minyaknya, tetapi Iran juga dibenarkan menjual minyaknya kepada negara negara lain di dunia bagi meredakan kenaikan harga minyak dunia yang sedang menghempap ekonomi negara negara Barat dan dunia keseluruhannya.

Tidak pernah terbayang Iran yang dikenakan sekatan ekonomi selama 40 tahun, tiba-tiba di tengah perang yang US istiharkan telah menang, diberikan hak untuk menjual minyaknya secara sah. Apa jenis menang perang begini? Itulah gambaran dilemanya US dalam mencari jalan keluar.

Selain US dan Is ra el, dilema berikutnya ialah sekutu sekutu US di Gulf atau negara negara Teluk.

Negara yang menyediakan tapak kepada pangkalan tentera US terbanyak di dunia dan penyumbang besar kepada bekalan minyak dan gas dunia serta antara pelabur terbesar di pelbagai industri di US, telah dijanjikan perang hanya akan berlaku maksimum 5 hari. Tetapi kini ianya sudah melebihi 3 minggu.

Pada sangkaan US dan Is ra el, Iran tidak akan ‘menyentuh’ negara negara tersebut walaupun mereka menjadi host kepada pangkalan tentera US yang sejak 1990-an menjadi pusat operasi tentera US untuk menyerang pelbagai negara khususnya Iraq, Afghanistan, Yaman, Somalia dan lain-lain yang membunuh jutaan orang awam. Begitulah sumbangan tuan tanah terhadap saudara seagama, seakidah dan semazhab.

Kenapa sangkaannya Iran tidak akan ‘menyentuh’? Kerana sejak 2023 terutamanya, kesemua negara ini memulakan hubungan baru dengan Iran. Qatar dibantu Iran samada penggunaan ruang udara, bekalan makanan dan lain-lain apabila Qatar dikenakan sekatan oleh Saudi, UAE dan sekutunya sejak 2017-2021. Manakala kemuncaknya Saudi di tahun 2023 menandatangani perjanjian damai dengan Iran yang dimediatorkan oleh China.

Bukan sekadar negara negara tersebut perlukan hubungan lebih damai akibat kesan buruk ekonomi perang proksi yang panjang, tetapi Iran juga perlukannya selepas hampir satu dekad kepenatan berdepan perang proksi dengan blok Saudi di Yaman, Syria, Iraq dan Lubnan. Maka hubungan mereka semakin merapat dan mustahil Iran akan ‘melukakan’ hubungan tersebut.

Tetapi bagi US dan Israel, jika Iran ‘menyentuh’ negara-negara Teluk, maka ia juga satu kebaikan buat mereka kerana pastinya negara negara Teluk akan segera menjauhi Iran dan menyertai perang secara langsung dengan bersekutu dengan US dan Israel.

Ini sesuatu yang sangat diinginkan Is ra el selepas mereka berang dengan perjanjian damai Iran-Saudi 2023 dan semakin menjauhnya negara negara tersebut dengan Is ra el pasca Genocide di Ga za sejak Oktober 2023.

Sebaliknya sehingga ke hari ini, sangkaan US dan Israel itu tidak berlaku. Ya Iran menyentuh negara-negara Teluk dengan awalnya melakukan serangan sepenuhnya kepada pangkalan tentera US di negara negara tersebut.

Kemudiannya melarat kepada serangan kepada kedutaan, bangunan komersial milik US dan kini terus kepada sektor oil and gas milik negara tersebut.

Ia sepatutnya adalah ‘red line’ kepada negara negara Teluk. Mereka perlu segera bertindak dan menyertai US-Is ra el menyerang Iran.

Tetapi sebagaimana dijangka oleh banyak penganalisis politik antarabangsa, ianya tidak berlaku.

Pada awalnya mereka menghantar nota diplomasi sebagai bantahan terhadap pencerobohan kedaulatan negara mereka oleh Iran. Kemudiannya kecaman demi kecaman dihalakan kepada Iran.

Hari ini ia membawa langkah yang kelihatannya lebih keras, apabila defence atache Iran di Qatar dan Saudi telahpun diistiharkan ‘individu tidak dikehendaki’ dan diberikan masa 24 jam perlu meninggalkan negara tersebut. Bahasa tersebut adalah bahasa perundangan antarabangsa yang maksudnya lebih kurang dihalau keluar.

Keras? Ya, keras tindakan tersebut. Tetapi adakah ia bermakna putus atau digantung hubungan dengan Iran? Jawapannya adalah tidak. Kerana kedutaan Iran kekal di sana.

Duta duta Iran yang melambangkan hubungan kedua dua negara juga kekal di sana. Atache Pertahanan hanya lah salah satu pegawai kanan di kedutaan, bukannya ketua perwakilan negara tersebut di negara berkenaan. Ketuanya adalah duta.

Jadi, kenapa pula negara negara Teluk itu hanya respon di tahap tersebut dan tidak menyertai apa yang diharapkan US dan Is ra el iaitu memutuskan hubungan terus dengan Iran dan menyertai pakatan secara rasmi dengan US dan Is ra el untuk menyerang Iran? Kenapa? Apa dalam fikiran dan perkiraan mereka sebenarnya?

Pertama. Ketika ini Iran menjadikan alasan melepaskan peluru berpandu dan dronnya ke negara tersebut dengan disasarkan kepada aset aset pertahanan milik US yang digunakan secara langsung atau tidak langsung dalam perang mereka terhadap Iran.

Begitu juga dengan kedutaan dan bangunan komersial milik US. Manakala serangan kepada aset aset berkaitan oil and gas sebagai tindak balas apabila aset oil and gas milik Iran yang diserang terlebih dahulu. Maka jika Iran sakit, maka semua pihak mesti merasa sakit.

Ia bukan serangan secara langsung terhadap negara negara Teluk tersebut. Tetapi jika negara-negara tersebut menyertai US menyerang Iran, maka hampir pasti mereka turut akan diserang balas secara langsung oleh Iran.

Hal ini sesekali tidak diingini oleh negara negara Teluk tersebut. Walaupun berpuluh tahun mereka menjadi tuan rumah kepada pangkalan tentera US dan menjadi pembeli senjata terbesar US, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin menjemput peperangan hadir ke dalam negara mereka, melainkan ia bertujuan memastikan mereka adalah lokasi paling selamat.

Dengan keyakinan dunia bahawa Dubai, Abu Dhabi, Doha dan Riyadh sebagai lokasi selamat di dunia lah, menyebabkan mereka pesat membangun menjadi regional business and financial hubs in the Middle East.

Maka jika sebutir peluru Iran yang kecil pun terkena secara langsung ke lokasi strategik di negara mereka, ia menghilangkan sepenuhnya keyakinan peniaga dan pelabur.

Ketika ini pun dengan kem-kem tentera US di negara mereka telah diserang selama 3 minggu telah pun menghilangkan keyakinan dunia, maka ia bertambah buruk jika Iran berperang secara langsung dengan Teluk.

Maka negara negara Teluk ini amat berhati-hati dalam hal tersebut sebelum jantung ekonomi mereka tertutup sepenuhnya dan kembali menjadi nelayan atau pengembala unta di padang pasir. Itu perkiraan pertama mereka.

Walaupun dengan ketumbukan besar tentera US, Is ra el, Gulf dan boleh jadi NATO yang berubah menyertainya, yang akibatnya Iran akan semakin merosot kekuatannya, tetapi dengan sebuah drone Iran yang dilepaskan di tengah tengah Dubai oleh kumpulan serpihan seumpama Houthi di Yaman pun sudah cukup menutup jantung ekonomi negara Teluk.

Kedua, Iran adalah jiran tetangga kepada Gulf yang secara geografinya bersambung samada sempadan darat atau laut yang mengadap sepenuhnya.

Ketika ini Iran ada kerajaan yang memerintah, boleh dirunding dan tertakluk kepada undang-undang antarabangsa.

Jika US berjaya lakukan regime change sekali pun, hampir tiada jaminan kerajaan baru yang kononnya mesra kepada US dan gulf akan tertubuh.

Apa yang meyakinkan mereka ialah, ‘the worst scenario’ jika benar Iran tumbang, pemerintahnya tumbang, maka negara itu akan dipenuhi kumpulan kumpulan bersenjata ala ala non-state actors paling besar dalam sejarah moden.

Mereka berkeupayaan dalam pembuatan senjata setidaknya tanpa kerajaan adalah pembuatan drone yang sangat canggih, dan jarak mereka ke Gulf tidaklah jauh untuk serangan dilakukan.

Dengan adanya 1 kumpulan Houthi di Yaman itu pun, porak peranda dunia apabila Houthi menyekat laluan kapal di pintu masuk Laut Merah. Bayangkan jika Iran yang bakal terpecah kepada 31 kumpulan para militari ala ala Houthi dan Hizbullah di Lubnan, maka akibatnya berganda lebih besar.

Ketika ini, walaupun ada beberapa perbezaan negara negara Teluk dengan Iran, mereka boleh berhubung dan berunding atas nama kerajaan.

Tetapi apabila state actor berubah menjadi non state actor, bukan sekadar negara Teluk, tetapi US juga tiada jalan mudah untuk berunding dan menghentikan mereka. Maka huru hara lah rantau tersebut entah beberapa dekad ke depan.

Ketiga. Negara negara Teluk telah menyaksikan selama 3 minggu ini bahawa US gagal sepenuhnya memberi perlindungan kepada mereka walaupun 30 tahun lamanya mereka memberikan tanah mereka untuk tentera Amerika duduki dan membina pangkalan tentera dan beratus billion dollar wang mereka belanjakan untuk membeli senjata US. Maka tiada jaminan keselamatan di masa hadapan jika masih terus bergantung kepada US.

Maka jalan terdekat pasca perang ialah, setidaknya mereka mengekalkan hubungan dengan Iran atau sebaiknya mereka meningkatkan hubungan dengan Iran agar kedua dua pihak terjamin keselamatan mereka. Iran adalah jiran selama-lamanya kepada Gulf dan US adalah sekutu yang terlalu jauh jaraknya dengan Middle East.

Keempat. Negara negara Teluk melihat Is ra el yang pernah menjadi sekutu kepada sebahagian mereka, kini merupakan ancaman paling berbahaya di rantau tersebut.

Qatar yang menjadi tuan rumah kepada pangkalan tentera udara terbesar milik US dengan jumlah 10,000 tentera US bertapak di Doha, turut terkena serangan Israel tahun lalu.

Manakala Turki sebagai sekutu utama negara negara Teluk, dan menjadi anggota kedua terbesar NATO, jelas disebut sebagai sasaran berikutnya Israel pasca kejatuhan Iran.

Ia disebut secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin Israel. Maka dengan adanya Iran, maka fokus utama Israel adalah Iran.

Maka apabila tiada lagi Iran, mereka perlu tunduk sepenuhnya kepada Is ra el atau bakal menerima nasib yang sama seperti Iran.

Menongkat dunia

Ada yang merasakan ia mustahil berlaku kerana setidaknya UAE dan Bahrain mempunyai hubungan dengan Is ra el dalam Abraham Accord.

Hal ini boleh dilihat nasib UK dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang merupakan sekutu terdekat US, tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli ekonomi oleh US. Malah wilayah mereka Greenland juga secara terang hendak ditawan oleh US.

Apatah lagi Israel. Lebih buas dan berbahaya kepada rantau Timur Tengah. Maka keempat-empat alasan inilah yang mendasari sikap negara-negara Teluk yang tidak menuruti kehendak US sehingga ke hari ini iaitu memutuskan hubungan rasmi dengan Iran dan menyertai pakatan perang US-Is ra el memerangi Iran. Ia tidak berlaku.

Setelah lebih 3 minggu, Amerika Syarikat berdepan multi-dilema dalam hendak mempertahankan kekuasaannya.

Silap langkah sejak awal peperangan ini menyebabkan kegagalan US melakukan regime change di Iran.

Malah ia membawa kepada bencana ekonomi yang semakin memburuk di seluruh dunia khususnya terhadap sekutu sekutu US dan US sendiri.

Maka pelbagai jalan dirangka untuk menjadi jalan keluar agar perang ini dihentikan dan US kekal dilihat pemenang. Tetapi jalan keluarnya tidak ditemui. Sekutu sekutunya juga tidak ada yang hendak menyertai perang secara langsung.

Politik domestik US semakin tidak menyebelahi Trump dan Republikan dan ia menyukarkan parti tersebut memenangi pilihan raya Mid Term November/Disember nanti.

Di tengah US bergelut mencari jalan keluar, rakan jenayahnya Israel membawa haluan berbeza yang memburukkan lagi keadaan. Negara-negara Teluk yang sepatutnya menuruti pelan US, tidak menurutinya.

Kesemua ini membawa kesimpulan yang hampir sama di fikiran hampir kesemua penganalisis antarabangsa yang hampir tidak ada yang mengatakan Perang US-Is ra el vs Iran ini akan ditamatkan segera dan hampir tidak ada yang mengatakan perang ini membawa manfaat, kebaikan atau kelebihan kepada US.

Hampir kesemua sepakat US terjerat dengan tindakannya sendiri. US bakal berdepan kemerosotan pengaruh, kekuasaan dan ekonominya sebagai akibat terburuk perang tersebut.

Maka Trump yang diharapkan membawa Amerika Great Again, rupanya menjadi bala dan penukul yang memecahkan retakan kekuasaan US yang sedia merosot tersebut.

Jika diibaratkan tikus membaiki labu, Trump sebenarnya lebih buruk daripada tikus. Kerana tikus gagal membaiki labu, malah merosakkannya, tetapi tikus semakin bertambah kenyang.

Tetapi Trump telah merosakkan Amerika dan merosakkan dirinya sendiri yang bakal mati kesakitan memakan racun racun yang ditaburnya sendiri.

Begitulah lumrah negara dan pemimpin yang mahu menongkat dunia. Sombong dan angkuh bukanlah ubat yang menguatkan, tetapi ia adalah racun paling berkesan yang bakal menyakitkan dan membinasakan negara.

Maka tiadalah jaminan yang paling berkuasa akan kekal berkuasa, melainkan akan tiba masanya hari hari kejatuhan akan berlaku. Begitulah Amerika dan Trump yang terkena jerat sendiri.

BACA JUGA Krisis minyak global: Kerajaan tahan gelombang, pembangkang tunggang persepsi