Dari eksport ke import, fakta minyak Malaysia diputar belit walaun

Oleh AHMAD MURSI

Walaun sebar video lama PMX berceramah berkenaan harga minyak tahun 2008.

Sebelum tahun 2010, Malaysia menghasilkan dan mengeksport lebih banyak minyak daripada yang diimport.

Selepas tahun 2010, Malaysia mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport.

Pengeluaran kita menurun saban tahun kerana telaga matang. Tapi penggunaan kita pula melonjak dua kali ganda.

2008 – Pengeluaran kita purata 720,000 tong sehari. Kini purata turun kepada 500,000 tong sehari.

2008 – Penggunaan sehari pula ~520,000 tong sehari. Kini ~900,000++ sehari.

Lonjkan tersebut kerana kenderaan bertambah saban tahun. 2008 – 18 juta. 2025 – 39 juta. Bertambah lebih 20 juta.

Kini hampir 50 peratus minyak untuk kegunaan domestik diimport melalui Selat Hormuz serta terkesan.

PMX kata, subsidi petrol naik dari RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam masa tidak sampai seminggu pada perang kali ini.

Kerajaan boleh sahaja meningkatkan lebih banyak subsidi, namun persoalannya, sumber kewangan itu datang dari mana? Duit anak-anak kita daripada hutang negara yang mereka kena tanggung.

Madani tidak hapus subsidi, tapi diberi secara bersasar supaya tidak tiris, diseleweng, diseludup.

RM4 bilion diselamatkan daripada ketirisan subsidi diesel sahaja. Bayangkan kalau perang berlaku dan kerajaan tidak memperbaiki ketirisan ini.

Yang bising-bising kata tak dapat subsidi, sebab mereka tak layak atau mungkin mereka ini penyeludup. Tapi majoriti rakyat Malaysia layak saja.

Suka tak suka, kena bersederhana kerana kesan perang akan sampai ke muka pintu rumah kita juga.

Jika tidak dalam bentuk harga minyak, kita akan kena dalam bentuk harga barang yang guna minyak untuk sampai melalui laut dan udara.

Bencana perang ini di luar kawalan kita. Kita tidak buat salah apa pun, tetap terkesan.

BACA JUGA Padah pijak al-Quran, ini tindakan pihak universiti terhadap Vikneswaran