‘Baik banding zaman dinasour’, askar berang tiket bas balik Kelantan mahal dikecam
Seorang lelaki berpakaian tentera meluahkan rasa marah dan mendakwa harga tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur ke Kelantan adalah mahal.
Menerusi rakaman video rungutannya yang tular, askar berkenaan turut menggunakan bahasa kesat terhadap kerajaan MADANI.
“Siapa yang kata bagus kerajaan MADANI? Cuba komen. Kalau kerajaan dulu, tiket bas dari TBS balik Kelantan baru RM45.
“Ni kerajaan MADANI, tahu harga (tiket bas) berapa? RM82.
“Apa bengongnya tu? Kerajaan MADANI untuk rakyat? (Bahasa kesat),” maki anggota tentera itu lagi.
Rata-rata mengecam kenyataan biadab seorang penjawat awam lebih-lebih lagi anggota tentera yang secara terbuka dilihat membenci kerajaan.
Ramai mempersoalkan sama ada dia menaiki bas mewah, selain mempertikaikan naratifnya yang dilihat membuat perbandingan yang tidak tepat.
“Saya naik dari TBS ke Pasir Mas hanya RM47. Macam mana sampai RM82 tu?
“Baik banding zaman dinasour, langsung tak kena apa-apa (bayaran).
“Cuba bandingkan dulu gaji askar berapa. Sekarang berapa? Bandingkan,” demikian antara komentar warganet.
Malah, rungutan askar berkenaan juga menarik perhatian bekas tentera. Antaranya, Abdul Halim yang menyifatkan kenyataan askar itu sebagai kurang ajar dan memalukan institusi ketenteraan.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Abdul Halim berkata, beliau tidak pernah menyaksikan askar bertindak atau bercakap celupar sedemikian rupa.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak atasan agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota terbabit kerana dianggap tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Saya syor pihak atasan ambil tindakan terhadap anggota ini kerana tidak sepatutnya bercakap demikian.
“Kau makan gaji dengan siapa? Negeri Kelantan ke kerajaan Malaysia? Aku juga bekas tentera sepanjang aku berkhidmat tak pernah ada seorang tentera bercakap macam ni,” katanya.
Semakan mendapati harga tiket bas dari TBS ke Kota Bharu adalah dalam lingkungan antara RM34 hingga RM55.
BACA JUGA Yang ditunggu-tunggu sudah tiba, pasaran kewangan AS ‘sakit’