Trump terus dakwa wujud rundingan dengan ‘pihak yang tepat’ di Iran

Donald Trump menegaskan bahawa rundingan untuk menamatkan perang terhadap Iran sedang berlangsung, lapor Al Jazeera.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu turut mendakwa Tehran “sangat mahu” mencapai perjanjian walaupun sebelum ini menafikan sebarang rundingan sedang berlaku.

Berucap di Rumah Putih semalam, Trump memberitahu bahawa AS yang menyertai Israel dalam serangan ke atas Iran pada penghujung bulan lalu, kini sedang berunding dengan “pihak yang tepat” bagi mencapai kesepakatan.

Dia turut membayangkan wujudnya “hadiah yang sangat besar” berkaitan “minyak dan gas” yang didakwa diberikan oleh Tehran.

Namun, ketika pertempuran terus berlanjutan timbul keraguan terhadap dakwaan Trump, yang sebelum ini telah ditolak kelmarin sebagai “berita palsu” oleh Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Ghalibaf.

BACA JUGA Bila Abang Long tak mengaku kena tampar…