Cakap saja tak cukup, Pas-PN bentanglah pelan sebenar tadbir negara

Oleh ZOLKHARNAIN ABIDIN

Parti Pas/PN dakwa Kerajaan Madani gagal.

Baik. Kita anggap sahaja kenyataan parti Pas/PN itu betul.

Bahkan, betul sebetul-betulnya.

Justeru, inilah masa terbaik parti Pas/PN kemukakan dokumen lengkap untuk masa depan negara.

Beritahu saja:

1) Berapa jumlah sumbangan bulanan untuk semua rakyat Malaysia, bukan untuk B40 sahaja?

2) Berapa harga petrol dan diesel untuk warganegara dan bukan warganegara, tanpa perlu tunjuk KP?

3) Berapa sekolah baru, hospital baru, jalan raya baru, lebuh raya baru akan dibina oleh kerajaan parti Pas/PN?

4) Bilakah semua premis keagamaan tidak sah akan diroboh oleh kerajaan Pas/PN?

5) Bagaimanakah faham sekular liberal yang parti Pas dakwa berakar umbi dalam negara ini mahu dihapuskan?

6) Bagaimana bentuk pemerintahan berdasarkan Islam yang parti Pas laungkan sebagai penyelesaian masalah negara?

7) Dan seterusnya yang parti Pas laung boleh selesai paling cepat dalam tempoh lima hari.

Beritahu secara jelas semua solusi parti Pas/PN terhadap masalah negara sekarang.

Jika sudah ada, hebahkan, buat poster cantik-cantik supaya mudah difahami.

Jangan hanya kritik secara umum, itu lemah, ini salah, sana tembus, sini luruh, dan macam-macam lagi.

Gila isim

Setakat nak kritik begitu, Meh gila isim jiran rumah saya 50 tahun dulu boleh sebut.

Eh, mana boleh kami bagi tahu idea kami, nanti PMX ciplaklah!

Eh, mana boleh kami buat begitu, kami bukan ada akses lengkap kepada data negara!

Eh, mana boleh buat secara tetap dan tuntas begitu, sebab suasana dan realiti berubah-ubah!

Eh, mana boleh begitu, bagilah kami perintah dulu, nanti kami buatlah!

Saya nak tanya, kenapa pula tak boleh?

Jika idea kamu bagus, PMX tak ada idea sebagus kamu, kamu hebatlah.

Jika kamu tak ada akses data, berani buat secara tuntas walaupun realiti berubah, kamu memang hebatlah.

Inilah masa untuk parti Pas/PN tunjukkan keupayaan dan kehebatan, sekurang-kurang kehebatan idea.

Tapi jika hanya sembang begitu begini, tapi tak kemuka solusi dan model kerajaan kamu, macam mana kami nak undi kamu.

Sebab, nampaknya kamu hanya sembang kosong gajah terbang sahaja.

Realitinya kamu pun tak ada idea penambahbaikan.

Idea kamu hanya kritik idea orang lain.

Tak begitu?

BACA JUGA Malaysia–China perkukuh kerjasama keselamatan, Anwar terima kunjungan Chen Yixin