Penyokong PN ‘bising’ isi minyak RM11 rupanya tiada lesen tapi berduit pergi kelab hiburan
Seorang penyokong Perikatan Nasional (PN) menarik perhatian warganet apabila ‘bising’ dengan mendakwa harga petrol mahal.
Menerusi content pemuda itu di TikTok, dia berkata, sekarang zaman kerajaan MADANI, isian penuh tangki motosikal mencecah RM11 berbanding sebelum ini hanya RM7.
“Aku dahlah tiada lesen sebab itu aku tidak (dapat) subsidi (petrol RON95).
“Seksa kalau sesiapa tiada lesen, isi minyak…,” bebel penyokong pembangkang itu sekali gus menuai kecaman ramai pengguna media sosial.
Rata-rata menempelak individu berkenaan yang memiliki motosikal tetapi tidak mampu pula mengambil lesen.
Aktivis politik, Harun Mohd Shah bahkan mempersoalkan individu yang dikenali sebagai Akeem Jahat itu yang dilihat menggunakan kereta Honda dan selalu pergi kelab hiburan.
Untuk rekod, bermula 30 September 2025, kira-kira 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas, yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Menerusi BUDI95 yang merupakan inisiatif subsidi bersasar, semua rakyat yang layak menerima siling bulanan RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan.
BACA JUGA ‘Baik banding zaman dinasour’, askar berang tiket bas balik Kelantan mahal dikecam