Selat Hormuz ‘terkunci’, 3,300 kapal tangki berdepan krisis air dan makanan
Oleh DATUK NIK MOHD HASYUDEEN YUSOFF
Semalam saya menonton perbualan yang melibatkan Col. Wilkerson (di Amerika Syarikat tidak perlu guna “bersara”) berkenaan Perang Iran.
Di samping berkongsi maklumat yang beliau dapati berkenaan bagaimana teruknya Israel dibedil oleh Iran, beliau juga berkongsi maklumat berkenaan kapal-kapal yang sedang menunggu untuk memasuki Teluk Parsi. Kapal-kapal itu tidak boleh melalui Selat Hormuz yang dikuasai Iran.
Menurut Wilkerson, terdapat kira-kira 3,200 kapal-kapal tangki yang menunggu. Masalahnya ialah mesin penyulingan air laut mereka sukar memproses air laut di Teluk. Ini menyebabkan mereka bakal menghadapi masalah bekalan air minum.

Di samping itu, bekalan makanan ke kapal-kapal berkenaan semakin berkurangan. Lagi lama menunggu, lagi kronik.
Ini akan menimbulkan masalah logistik yang baharu kepada negara-negara yang ingin membeli minyak dan gas di Teluk.
Individu yang benar-benar pakar beginilah. Analisis mereka melangkau apa yang kita nampak. Mana ada orang lain yang sebut berkenaan masalah yang dihadapi oleh kapal-kapal tangki itu.
Maklumat sulit
Dalam masa sama, pakar yang sebenar ada ‘kaki’ untuk mendapatkan maklumat sulit. Cuma, mereka kena jaga sumber mereka supaya boleh terus mendapat maklumat yang orang lain tidak dapat.
Begitu juga dengan Scott Ritter. Dia memaklumkan masalah yang dihadapi oleh perisian jet F-35 Amerika Syarikat (AS).
Masalah perisian itu menyebabkan mereka terbang ke kawasan yang tidak patut mereka masuki.
Ini menyebabkan Iran berjaya menembah salah sebuah daripada jet yang bernilai lebih dari $100 juta sebuah itu.
Jika anda ingin belajar dari peperangan ini, pilihlah pakar-pakar yang mengulas secara berfakta, bukan agak-agak sahaja.
Kadang-kadang kita pun tidak suka rumusan mereka kerana tidak kena dengan apa yang kita nakkan berlaku.
Namun, menerima kenyataan jauh lebih baik dari mengada-adakan apa yang tidak ada. Contohnya, Donald Trump berunding dengan dirinya sendiri.
Semoga anda terus belajar dari peperangan Iran ini.
*DATUK NIK MOHD HASYUDEEN YUSOFF merupakan Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
BACA JUGA Penyokong PN ‘bising’ isi minyak RM11 rupanya tiada lesen tapi berduit pergi kelab hiburan