Warga Indonesia minta tolong Anwar lepas Presiden Iran berterima kasih ketegasan Malaysia
Perkongsian terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungi Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menjadi perhatian rakyat termasuk dari negara jiran.
Dalam perbualan telefon itu, Presiden Iran sendiri menzahirkan penghargaan terhadap ketegasan Anwar yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran, selain memuji pendirian tegas Malaysia dalam isu berkenaan.
Ucapan Presiden Iran yang dikongsikan oleh Anwar menerusi platform X itu turut disaksikan masyarakat luar, sekali gus menjadikan penghargaan tersebut didengar secara terbuka oleh dunia.
Perkongsian berkenaan kemudiannya menarik perhatian rakyat negara jiran yang membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap diplomasi Anwar.
Mereka menyifatkan pendirian Malaysia selalu berani dan berprinsip, berbeza dengan negara mereka.

