MIC tak jadi masuk PN, Saddiq-Bella jadi bertunang
Oleh DR YUSRI IBRAHIM
Semalam, dua perkara menarik berlaku dalam politik negara.
Satu tak jadi, satu jadi.
Pertama, MIC tak jadi dengan PN.
MIC hantar surat niat nak join PN pada November lepas, masa tu Tan Sri Mahiaddin Pengerusi PN.
Februari 2026 Datuk Seri Dr Sam daripada Pas jadi pengerusi PN, setiausaha agung juga daripada Pas.
Pada 14 Mac 2026 mesyuarat PN memuktamadkan penerimaan MIC sebagai anggota PN.
Kesilapan terbesar PN adalah tidak tanya terlebih dahulu MIC adakah mereka masih berminat untuk join PN apabila Pas ketuai perikatan tersebut.
Kerana bagi parti seperti MIC, ada beza besar PN diketuai TS Muhyiddin daripada Bersatu dengan PN yang diketuai DS Dr Sam daripada Pas.
Walhasilnya, MIC memutuskan tidak akan menyertai PN.
Dalam mesyuarat pada 25 Mac beberapa hari lepas, MIC mengesahkan mereka tidak berminat menyertai PN kerana perubahan pucuk pimpinan PN yang kini diketuai oleh Pas.
Semalam setiausaha agung PN mendedahkan surat permohonan MIC pada November lepas untuk join PN, sekadar untuk mempertahan dan menjustifikasi keputusan mereka menerima kemasukan MIC sebelum ini.
MIC pula mendakwa bahawa surat itu hanya untuk meminta penjelasan, khususnya jaminan dan syarat-syarat jika jadi menyertai PN.
Daripada kenyataan setiausaha agung PN semalam serta kenyataan balas MIC, hampir muktamad MIC tak akan bersama PN, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat.
Kronologi ini memberi kesan sangat signifikan, pertama mencalarkan reputasi PN.
Kedua merosakkan kepercayaan terhadap MIC, termasuk oleh rakan komponen BN.
Percayalah, cara BN melihat dan melayan MIC selepas ini tidak sama lagi berbanding sebelumnya. Ini kisah tak jadi.
Menjalin perhubungan
Kedua, Syed Saddiq jadi bertunang dengan Bella Astillah.
Mereka berdua ni hampir sama dengan MIC-PN, lama menjalin perhubungan.
Bezanya mereka berjaya sampai ke jinjang pertunangan, manakala MIC-PN terhenti pada fasa lamaran tak kesampaian.
Syed Saddiq memiliki pakej yang baik sebagai ahli politik, keberadaannnya diterima dengan hangat oleh khalayak khususnya pengundi muda.
Jika attach dengan parti yang sesuai, beliau boleh pergi jauh dalam area politik tanah air, usianya pun masih muda.
Pernikahan dengan Bella nanti jika kena cara, akan meningkatkan lagi reputasi penerimaan terhadap beliau.
Nasihat saya, cepat-cepat nikah, normalkan perbubungan yang halal dan baik, apatah lagi keduanya adalah public figure.
Sudah tentu bertunang lebih baik berbanding sekadar bercinta, tapi percayalah bahawa bernikah itu jauh lebih baik lagi.
Itulah kisah MIC-PN yang tak jadi dan kisah Saddiq-Bella yang jadi.
Betullah kata orang, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
BACA JUGA 28 pelajar AS nikmati pengalaman bermakna di masjid Pulau Pinang