Duta besar Iran sahkan kapal Malaysia tidak akan dikenakan caj tol lalu Selat Hormuz
Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi mengesahkan kerajaan Iran tidak akan mengenakan sebarang tol kepada tujuh kapal Malaysia yang berlayar di Selat Hormuz, sekali gus menafikan laporan media antarabangsa mengenai caj itu.
Beliau mengesahkan perkara itu ketika ditanya sama ada kapal Malaysia akan dikenakan bayaran
“Sudah tentu (kapal Malaysia dibenarkan melalui selat). Kami tidak akan mengenakan sebarang bayaran,” katanya kepada New Straits Times..
Sementara itu tujuh kapal milik Malaysia yang kini terkandas di Selat Hormuz akhirnya mendapat khabar melegakan apabila kerajaan Iran membenarkan untuk meneruskan pelayaran pulang ke tanah air.
Difahamkan empat daripada kapal itu membawa muatan minyak mentah.
Valiollah menegaskan bahawa tiada isu untuk tidak membenarkan kapal‑kapal Malaysia berlayar kerana Malaysia dianggap sebagai sebuah negara sahabat
“Kami menerima maklumat daripada menteri luar Malaysia bahawa beberapa kapal Malaysia berada di Teluk Parsi dan ingin melaluinya.
“Kami telah mempertimbangkan perkara ini, dan Insya-Allah mereka akan lalu. Ia tidak menjadi masalah kerana Malaysia adalah negara sahabat, dan negara sahabat boleh menggunakan selat itu,” katanya.
Pelbagai laporan media antarabangsa sejak minggu lalu menunjukkan bahawa tentera Iran telah menubuhkan “pondok tol” di selat tersebut dan mengenakan bayaran sehingga AS$2 juta (RM7.9 juta) untuk diberi laluan.
Menurut Bloomberg, pembayaran tersebut adalah ‘ad hoc’, dan kaedah pembayaran serta mata wang tepat yang digunakan tidak jelas.
BACA JUGA Panas dengan saranan naik basikal, Ahmad Maslan kongsi gambar ketawa