AS mengaku kalah? Akhirnya Trump umum akan tinggalkan Iran

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump seperti memberi isyarat ‘kalah’ apabila mengumumkan bahawa mereka akan berundur dari Iran dan “akan pergi tidak lama lagi”.

Menerusi video di Facebook Nusa Times, Trump berkata, penamatan operasi di Iran akan berlaku dalam tempoh dua minggu lagi.

 membuat keputusan mengejut itu ketika laluan strategik bekalan minyak dunia tersebut masih berada dalam keadaan berisiko dan belum dibuka sepenuhnya untuk perdagangan maritim.

“Apa yang saya perlu lakukan hanya keluar dari Iran dan kami akan melakukannya tidak lama lagi, mereka akan jatuh merudum.

“Kami sedang menamatkan tugas itu dan saya fikir dalam masa mungkin dua minggu, mungkin beberapa hari lebih lama, untuk menyelesaikan tugas itu,” katanya.

Trump turut berkata bahawa penamatan operasi AS itu tidak bergantung kepada sebarang perjanjian dengan Iran, yang telah menutup Selat Hormuz kepada laluan kapal tangki minyak.

“Mereka tidak perlu membuat perjanjian dengan saya. AS hanya akan berundur apabila yakin Iran tidak lagi mampu menghasilkan senjata nuklear. Sama ada kita ada perjanjian atau tidak, itu tidak relevan,” katanya

Laporan dalaman daripada The Wall Street Journal mendedahkan bahawa Trump telah mengarahkan pegawainya untuk mematuhi garis masa pengunduran dalam tempoh empat hingga enam minggu, tanpa mengira status pembukaan selat tersebut.