KPM tegaskan tak pernah keluar analisis keputusan SPM berdasarkan kaum
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (2025) berdasarkan pecahan kaum seperti yang tular di media sosial.
KPM dalam hantaran di Facebook menegaskan, kenyataan tular tersebut tidak tepat, bertujuan mengelirukan masyarakat.
“KPM telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan kenyataan yang tular.
“Masyarakat dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat palsu dan mendapatkan berita sahih hanya dari sumber rasmi KPM,” kata kementerian itu.
Terdahulu tular satu kenyataan media kononnya analisis pencapaian keputusan SPM, dengan menyenaraikan peratusan pelajar Melayu, Cina dan India yang memperoleh keputusan cemerlang.
BACA JUGA Danial cadang pinda undang-undang lindung nasib keluarga mangsa kemalangan