Pelik ada muka Rafidah dan Albert Tei, ramai minta jangan tunggang isu
Kehadiran aktivis kontroversi Kampung Baru, Rafidah Ibrahim dan ahli perniagaan yang terpalit kes rasuah, Albert Tei di mahkamah pagi tadi menimbulkan tanda tanya ramai.
Mereka dilihat berada dalam sidang media bersama-sama dengan isteri kepada arwah penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu mabuk baru-baru ini.
Kehadiran mana-mana individu sebagai tanda solidariti terhadap keluarga mangsa bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Namun kehadiran kedua-dua individu berkenaan menimbulkan tanda tanya, memandangkan latar belakang mereka yang dikaitkan dengan isu-isu kontroversi sebelum ini.
Ia sekaligus menimbulkan tanggapan tentang usaha untuk menunggang isu sensitif ini.
Pengguna media sosial berpendapat isu langgar mati oleh pemandu mabuk, seharusnya tidak ditunggang mana-mana parti politik mahupun aktivis.
Isu ini bagi mereka, biarlah menjadi suara bersama rakyat dan disambut secara menyeluruh oleh pemimpin.
“Jujur cakap, isu pemandu mabuk langgar mati rakyat Malaysia ni, janganlah mana-mana parti politik atau yang acah aktivis ni menunggang. Isu ni biarlah sebulat suara dari rakyat, disambut oleh semua pemimpin”.


Sementara itu seorang pemimpin PKR, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata, isu ini nampaknya sudah mula ditunggang pihak pembangkang.
“Ada muka Albert Tei, muka Rafidah, muka-muka pembangkang. Kesudahnya pembangkang tunggang kes mangsa dilanggar pemandu mabuk ini.
“Semua benda mereka politikkan. Kita semua pun sokong pemandu mabuk yang menyebabkan kematian ini dihukum seberat-beratnya. Jadi janganlah politikkan,” kata beliau.
BACA JUGA Isteri arwah Amirul Hafiz mahu saman RM1 juta terhadap pemandu mabuk