Bekalan dipotong, harga melonjak: Ini punca minyak Malaysia naik mendadak

Oleh SYAM GHAZ

Punca minyak naik mendadak; Saudi Aramco potong bekalan minyak Ke Asia dari 7.1 juta tong/hari kepada 4.3 juta tong sehari bulan ni (April 2026).

Aramco Saudi adalah syarikat pengeluar minyak nombor satu dunia, dengan menguasai kira-kira 10% hingga 12% daripada jumlah pengeluaran minyak mentah dunia.

Pelabuhan minyak utama Arab Saudi di Ras Tanura (timur) perairan Selat Hormuz yang ditutup sekarang. Sebelum perang hampir 100% lalu sini.

Aramco Saudi terpaksa guna paip minyak yang kapasiti kecil ke pelabuhan Yanbu (barat). Jaraknya kedua dua lokasi tu dah 1,200 km.

Pemotongan bekalan kepada 4.3 juta tong sehari (daripada 7.1 juta tong asal), pasaran global mengalami “kejutan bekalan” (supply shock).

Daripada 4.3 juta tong itu kita pecahkan ikut destinasi eksport dan peratusan agihannya dari Pelabuhan Yanbu:

  • China: 37.7%
  • India: 14.7%
  • Korea Selatan: 12.0%
  • Jepun: 10.9%
  • Negara Asia Lain (Termasuk Malaysia): 13.9%
  • Eropah: 3.8%
  • Amerika Syarikat: 2.5%
  • Lain-lain Dunia: 4.5%

Data eksport ke Malaysia (impak perang Hormuz):

Sebelum Perang (Februari 2026): Malaysia menerima sekitar 180,000 – 200,000 tong sehari melalui Ras Tanura (Selat Hormuz).

Selepas Perang (April 2026): Menurun kepada sekitar 120,000 – 140,000 tong sehari melalui Yanbu (Laut Merah). Itupun tengah adjust kapal laut lagi ni.

Kekurangan 30%: ±60,000 tong sehari bekalan fizikal ini serta kos logistik yang lebih mahal menjadi punca utama harga Diesel naik ke RM6.02 dan RON97 ke RM4.95 yang diumumkan semalam.

Sebanyak 50% minyak Malaysia lalu Selat Hormuz, pecahan mengikut negara:

• Arab Saudi: 25% – 30%
• United Arab Emirates: 10% – 15%
• Kuwait: 5% – 10%
• Qatar (produk petroleum/LNG): 5% – 8%
• Iraq: 3% – 5%

Inilah punca minyak dunia dan Malaysia naik. Apabila Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar dan Iraq terjejas akibat penutupan Selat Hormuz, maka 50% bekalan minyak kita agak kritikal.

Itu belum masuk kos logistik dan harga meningkat, sebab risiko akibat perang makin tinggi.

Walaupun minyak dunia naik, Malaysia kekalkan harga RON 95 kerana rakyat Malaysia guna 90% minyak petrol untuk kegiatan harian dengan harga kekal RM1.99/liter saat satu dunia naik harga.

Hingga JP Morgan badan antarabangsa iktiraf Malaysia mempunyai ekonomi mampan dan pemimpin Negara yang diketuai PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim bijaksana dalam mengurus krisis tenaga berbanding negara lain di Asean.

BACA JUGA AMK persoal keutamaan pembangkang anjur konvoi politik ketika krisis tenaga