Dakwaan biskut Hup Seng tak halal tidak benar, sebenarnya libatkan syarikat lain

Di media sosial, sedang berlegar dakwaan biskut kering jenama Hup Seng tidak halal sehingga mencetuskan kekeliruan dan panik dalam kalangan pengguna.

Ia susulan laporan pembatalan sijil halal membabitkan syarikat kopi dan biskut di Melaka, iaitu Heng Loong Coffee Sdn Bhd dan Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn Bhd.

Untuk makluman, biskut kering pingpong Hup Seng adalah keluaran Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd – anak syarikat kepada Hup Seng Industries Bhd.

Ia tiada kaitan dengan dua syarikat kopi dan biskut yang telah ditarik balik sijil halal mereka.

Facebook Halal Inquiry turut menjelaskan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang menyangka produk biskut Hup Seng turut terlibat.

“Tian Hup Seng Factory tidak sama dengan Hup Seng Perusahaan makanan. Tian hup seng adalah produk berunsurkan kuih bulan. 

“Tidak sama dengan biskut kering pingpong keluaran Hup Seng Perusahaan makanan (M) Sdn Bhd. Lokasi juga berbeza. Satu di Batu Pahat. Satu lagi di Telok Mas Melaka.

“Produk Hup Seng Perusahaan makanan Sijil halal masih diakui dan sah,” menurut halaman tersebut, menjawab persoalan orang ramai mengenai isu ini.

BACA JUGA Warga Indonesia senarai 5 sebab pilih Malaysia berbanding Thailand, no 4 paling bangga