Diesel Thailand kini RM6.25, netizen yang kutuk kerajaan nampaknya kena ‘patah balik’
Harga diesel di Thailand terus mencatatkan kenaikan apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh seminggu, sekali gus mencetuskan perbandingan semula dengan harga bahan api di Malaysia.
Situasi itu turut menarik perhatian pengguna media sosial, khususnya selepas timbul dakwaan rakyat Malaysia menyeberangi sempadan untuk mendapatkan diesel lebih murah di negara jiran berkenaan.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Syahir kemudian tampil berkongsi ulasan ringkas mengenai perkembangan tersebut serta bagaimana rakyat Malaysia paling beruntung dengan dasar dibuat kerajaan kini.
Berikut ulasan penuh beliau:
Harga diesel Thailand naik lagi hari ni kepada 50.54 Baht (RM6.25) seliter.
Bermakna kenaikan empat hari berturut-turut dan lima kenaikan dalam masa seminggu.
Kini bukan sahaja harga petrol RON95 Thailand (43.95 Baht / RM5.43) lebih mahal daripada harga daripada Malaysia tetapi harga diesel juga sudah lebih mahal.
Hanya beberapa minggu Kerajaan Thai berjaya menahan kenaikan harga diesel selepas Oil Fuel Fund yang digunakan untuk menstabilkan harga minyak di pam minyak berada dalam keadaan defisit sejal awal Mac.
Dasar pembekuan harga, harga siling, kenaikan perlahan-lahan semuanya gagal dan Kerajaan Thai akhirnya terpaksa menaikkan harga diesel setiap hari kesan harga Diesel Asia yang sudah melebihi $300 setong.
Saya sudah cakap lebih awal kepada mereka yang banyak kali mempersoalkan kenapa harga diesel di Malaysia lebih rendah bahawa dalam masa terdekat harga diesel di Thailand akan naik sama ada jadi sama dengan harga di Malaysia atau lebih tinggi daripada Malaysia.
Malaysia sedikit untung, Kerajaan melaksanakan subsidi bersasar diesel kepada 400 ribu buah kenderaan pengangkutan awam dan barangan termasuk juga nelayan.
Di Thailand semua sektor, individu, perniagaan merasai harga yang sama tanpa subsidi bersasar seperti kita maka tidak ada bas-bas ekspress, bas henti-henti, lori pengangkutan logistik dan bot-bot nelayan tersadai dan tidak beroperasi.
Syukur.
Baru sahaja semalam nampak berita kononnya rakyat Malaysia menyeberangi sempadan untuk mengisi diesel yang lebih murah di Thailand.
Kena patah balik nampaknya.
BACA JUGA ZRA jawab persoalan ramai kenapa diesel di Sabah, Sarawak lagi murah dari Semenanjung