Tiada kuasa baru ingat penyatuan Melayu, dah ada kuasa semua ke ‘laut’
Orang ramai dilihat menempelak sikap pembangkang yang galak mencanangkan agenda penyatuan Melayu sehingga mengadakan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 Himpunan Alam Melayu di Terengganu, kelmarin.
Reaksi umum itu terpapar dalam hantaran Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa yang turut berkongsikan beberapa gambar semasa program tersebut berlangsung.

Terdahulu, Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional menyifatkan himpunan berkenaan sebagai “usaha berterusan melebarkan Muafakat dan Penyatuan”.
“Satu-satunya senjata kekuatan ummah adalah penyatuan. Jangan jemu memperjuangkannya, insya-Allah,” kata bekas Timbalan Presiden Bersatu yang dipecat itu lagi.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata menyindir dan mengkritik penganjuran program terbabit selain mempersoal ketidakhadiran Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin.

“Masa tak ada kuasa mulalah ingat penyatuan Melayu bagai, dah ada kuasa dok tempat tinggi, erm… semua ke ‘laut’.
“Presiden Bersatu tak nampak, nampak bekas Ahli Bersatu,” demikan antara kata netizen.
Dalam masa sama, ada turut melontarkan reaksi sinis melihatkan penampilan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang lazimnya mengenakan serban.
“Amboi Ayah Cik.. sejak berkawan dengann Nuar, dah tak pakai serban ko?,” kata Najmi Razak.
Penampilan sebahagian pemimpin pembangkang dalam program itu yang didapati mengalami masalah berat badan berlebihan turut menarik perhatian warganet.
Pengguna Facebook, Nik Rizal Nik Yusoff mengaitkan dengan gejala obes berikutan kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) yang dilihat melebihi daripada sepatutnya.
“Kalau betul susah, tak cukup makan… BMI bawah 20,” katanya.
BACA JUGA Karam Singh Walia meninggal dunia