Duta Besar Iran perjelas status enam kapal Malaysia yang masih terkandas

Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi memaklumkan bahawa enam lagi kapal Malaysia yang masih terkandas di Selat Hormuz ketika ini akan dibenar melalui laluan perairan itu secara berperingkat.

“Kami (Iran) akan membenarkan kapal itu melalui laluan berkenaan satu demi satu,” katanya, dipetik Bernama.

Valiollah berkata demikian kepada agensi berita rasmi itu ketika ditemui di luar Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026 di ibu negara, hari ini.

Sebelum ini, sebuah daripada tujuh kapal milik Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz telah diberikan laluan selamat untuk meneruskan pelayaran ke destinasi akhir.

Keputusan Iran itu susulan penglibatan diplomatik peringkat tinggi antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden negara tersebut, Masoud Pezeshkian pada 26 Mac lalu.

BACA JUGA Ini sebabnya Malaysia dijangka tidak alami krisis bekalan minyak dalam tempoh terdekat