Malaysia tekankan reformasi tenaga, elak kejutan ekonomi global

Kerajaan Malaysia menegaskan keperluan reformasi tenaga sebagai strategi jangka panjang menghadapi ketidaktentuan global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan perkara itu dalam Dialog Kuala Lumpur–Ankara 2026.

Program ini dianjurkan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia serta Yayasan SETA.

Anwar berkata Malaysia perlu sedar bahawa negara tidak kebal terhadap gangguan global.

“Bagi Malaysia, ini bermakna kita perlu mengakui bahawa kita tidak terlepas daripada gangguan bekalan tenaga global,” jelasnya.

Beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah awal untuk mengurus risiko ekonomi.

“Dalam jangka masa segera, kerajaan saya telah mengambil langkah untuk mengurus pendedahan kepada ketidaktentuan,”katanya.

Menurut beliau, peralihan tenaga merupakan keperluan strategik negara.

“Ini bukan sekadar keperluan alam sekitar. Ia adalah satu keperluan strategik. Malaysia komited memperkukuh tenaga mampan bagi melindungi ekonomi rakyat,”ujarnya.