Ini sebabnya petrol, diesel tak turun walaupun harga minyak dunia tengah turun
Kementerian Kewangan menjelaskan mengapa harga minyak di stesen-stesen minyak masih tidak turun walaupun harga minyak mentah global sedang menunjukkan penurunan.
Menurut info dikongsikan di Facebook, harga minyak di pam tidak ditentukan mengikut harga pasaran hari ini kerana harga ditentukan berdasarkan purata harga minggu sebelumnya.
Selain itu, bekalan minyak semasa dibeli kebiasaannya diperoleh pada harga lebih tinggi, dan sebab itulah ia masih mempengaruhi harga pam.
Perkara lain yang turut mempengaruhi harga minyak adalah, selama lima minggu harga minyak global melonjak naik mendadak, ia telah menyebabkan kos meningkat termasuk insurans dan logistik.
Namun begitu, kerajaan memberi jaminan untuk terus mengekalkan harga minyak bersubsidi bagi kesejahteraan rakyat dan mengawal harga barangan
Terdahulu, MOF memaklumkan harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 April ini meningkat kepada RM6.72 seliter, berbanding RM6.02 sebelum ini.
Harga RON97 tanpa subsidi pula meningkat kepada RM5.35 seliter dan RON95 meningkat kepada RM4.27 seliter.
Bagaimanapun kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar di mana harga RON95 menerusi Budi Madani RON95 (Budi95) dikekalkan RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM2.15 seliter.
BACA JUGA China dan Rusia pertahan diplomasi, tolak resolusi berat sebelah di PBB berkait Selat Hormuz