Laluan sekitar Tun Razak Exchange (TRX) ke bulatan Pudu ditutup sementara

FOTO BERITA: Laluan di Jambatan Jalan Yew akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula 10 hingga 21 April ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelancaran rasuk dan pembinaan semula jambatan. (Gambar: Unit Media DBKL)

Menurut kenyataan Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, penutupan tersebut akan dilaksanakan setiap hari dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi.

Penutupan ini melibatkan laluan utama dari kawasan Tun Razak Exchange (TRX) hingga Bulatan Pudu, selain turut menjejaskan sebahagian Jalan Cochrane dan Jalan Pasar, iaitu dari persimpangan Masjid Alam Shah hingga ke Petron Jalan Pasar.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Pudu, Jalan Chan Sow Lin serta Bulatan Kampung Pandan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh berkenaan. DBKL turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan petugas trafik yang ditempatkan di lokasi bagi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan semua pihak. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian 014-8042486