Masa PM panggil bagi penjelasan isu minyak kenapa MB SG4 tak tanya apa-apa

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang di media sosial, yang mendakwa rakyat ditipu kerajaan susulan kenaikan harga minyak ketika ini.

Beliau bertambah kesal kerana perkara berkenaan sebelum ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan Premier Sarawak.

Menurutnya, penjelasan telah diberikan oleh Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, termasuklah taklimat dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood mengenai isu ini.

Beliau mendedahkan, pada sesi taklimat itu, hanya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahaja yang mengutarakan soalan.

Manakala tiga lagi Menteri Besar di negeri pembangkang (SG4) yang lain langsung tidak bertanyakan apa-apa soalan mahupun meminta penjelasan mengapa harga minyak naik.

“Saya kesal dengan kenyataan beliau (Abdul Hadi) memandangkan Menteri Besar Terengganu merupakan salah seorang yang hadir dalam mesyuarat di antara Perdana Menteri bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri minggu lalu.

“Daripada empat menteri besar yang mewakili empat negeri pembangkang iaitu SG4, hanya menteri besar Kedah sahaja yang bersuara bertanyakan soalan.

“Tidak ada menteri besar daripada negeriSG4 lain yang bertanyakan apa-apa soalan termasuk kenapa harga minyak naik,” katanya dalam penjelasan semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa harga minyak di Malaysia tidak seharusnya naik, sambil membandingkan harga diesel di Sabah dan Sarawak yang masih lagi dijual pada harga murah.

Fahmi berkata, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas itu sebenarnya mempunyai peluang untuk menyampaikan soalan tentang harga minyak kepada menteri besar Terengganu yang menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri.

Namun, perkara itu tidak berlaku.

“Ruang dan peluang untuk Ahli Parlimen Marang bertanya soalan ini sebenarnya telah diberikan sepenuhnya oleh Perdana Menteri melalui wakil Menteri Besar yang juga seorang Ahli Parlimen 

“Jadi saya kesal mungkin sepatutnya Marang meminta menteri besar Terengganu membawa soalan ini dalam mesyuarat bersama PM. Malangnya itu tidak berlaku,” balasnya lagi.

BACA JUGA Penyokong Pas sekolahkan Hadi Awang isu minyak