Penarikan balik artikel Syam Ghaz bertajuk: ‘Isu BestiNet dah berlarutan sejak 2018 bukan ciptaan Kerajaan MADANI’

Artikel yang diterbitkan oleh Syam Ghaz di laman web Harapan Daily bertajuk “Isu BestiNet dah berlarutan sejak 2018 bukan ciptaan Kerajaan MADANI” adalah bersumber daripada tulisan Facebook Syam Ghaz bertarikh 1 Februari 2026 sepenuhnya dan tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam artikel tersebut bukan merupakan kenyataan-kenyataan Harapan Daily.

Harapan Daily, setelah mengetahui kewujudan tentang artikel tersebut telah menyelidik kandungan artikel tersebut berbanding dengan laporan-laporan yang di isu oleh Public Accounts Committee (“ PAC ”).

Harapan Daily mendapati bahawa:

BestiNet Sdn Bhd adalah sebuah Syarikat yang kredible dan yang telah melaksanakan sistem FWCMS serta modul-modulnya termasuk Bio-Medical (“ BMS ”) dan eVisa with Reference (“ eVDR” ) menurut perjanjian-perjanjian yang sah dan mengikat.

Sistem FWCMS juga merupakan satu sistem yang melaraskan dan mengesahkan dokumentasi pekerja migran yang sebelumnya adalah “paper-based” lalu mengurangkan risiko dokumen-dokumen yang dipalsukan.

Oleh yang demikian kenyataan bahawa “ Kerajaan Perpaduan mewarisi masalah ini dan pada September 2024, mereka memuktamadkan kontrak untuk menutup lompong undang-undang dan melindungi kepentingan negara. Ini bukan skandal baru, tetapi usaha ‘damage control’ terhadap kecuaian lama ” seperti yang terkandung dalam Artikel tersebut adalah kenyataan yang langsung tidak benar.

Lanjutan kepada yang di atas, Harapan Daily telah menarik balik Artikel tersebut dan meminta maaf atas penerbitan Artikel tersebut yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Harapan Daily tidak bertanggungjawab ke atas kenyataan-kenyataan yang diterbitkan dalam Artikel tersebut oleh Syam Ghaz.

BACA JUGA Hadi ‘hidup dalam fantasi’, gagal fahami pasaran minyak global – PKR