Bekalan minyak Malaysia lebih kukuh ketika negara lain mula bercatu

Konflik di Asia Barat kini memasuki minggu keenam dengan krisis tenaga global terus meruncing apabila laluan perkapalan strategik tenaga dan bahan mentah di Selat Hormuz lumpuh.

Kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia yang melalui selat itu telah tersekat menyebabkan bekalan minyak yang boleh dijual berkurangan dan harga minyak naik mendadak

Pun begitu, bekalan minyak di dalam negara ketika ini lebih kukuh berbanding negara-negara lain, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, keadaan itu adalah hasil daripada kebijaksanaan Petronas serta syarikat-syarikat berkaitan dalam menguruskan sumber tenaga negara secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Bayangkan semua negara mahukan bekalan minyak di negara mereka cukup sedangkan stokn makin kurang

“Alhamdulillah bekalan mintak kita lebih kukuh berbanding negara lain. Petronas dan syarikat-syarikat lain menguruskan sumber negara dengan bertanggungjawab 

“Ini kita dapat lihat melalui stesen-minyak minyak yang telus beroperasi. Rakyat Malaysia masih boleh beli minyak. Ada negara yang sudah mencatu minyak malah banyak stesen minyak di negara lain ditutup kerana kurang bekalan,” katanya.

Untuk terus melindungi rakyat daripada kesan krisis tenaga global, kerajaan mewujudkan buffer atau penampan dengan mengekalkan subsidi RON95 dan diesel pada harga yang ditentukan dan menentukan harga minyak yang tidak bersubsidi supaya sejajar harga pasaran.

Tindakan ini melindungi sektor-sektor kritikal yang masih menikmati diesel bersubsidi seperti golongan nelayan yang kekal menikmati diesel pada harga RM1.65 seliter.

Kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas express, ambulans dan bomba kekal pada harga RM1.88 seliter, manakala kenderaan lgistik berkelayakan dan pengguna Sabah dan Sarawak pada harga 2.15 seliter 

BACA JUGA Ini sebabnya harga minyak terus naik walaupun Malaysia ada sumber sendiri