Dakwaan Hadi diperbetul: ‘Umat Islam parti Pas yang terus ditipu’
Dakwaan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya umat Islam terus ditipu dengan mengaitkan isu kenaikan harga minyak dihujani kecaman orang ramai.
Rata-rata menempelak pembangkang yang dilihat ‘menunggang’ sentimen agama selain berhujah tanpa berpaksikan fakta yang jelas seperti terkandung dalam Minda Presiden kelmarin bertajuk “Umat Islam terus ditipu lagi” itu.
Seruan Ahli Parlimen Marang itu supaya umat Islam tidak terus membiarkan diri ditipu oleh pelbagai helah politik dan ekonomi, termasuk isu kenaikan harga minyak hanya dihujani sindiran.
Bekas Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu turut menegaskan bahawa tiada sebab kukuh untuk harga minyak dinaikkan di Semenanjung Malaysia memandangkan negara ini mempunyai sumber petroleum sendiri dan tidak terlibat dalam sekatan antarabangsa terhadap Iran di Selat Hormuz.
Walau bagaimanapun, warganet menerusi laman Facebook TV Pas dilihat mempertikai kenyataan Hadi termasuk membetulkan ungkapan ‘umat Islam’ dalam hujah pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu.
“Perbetul sikit sepatutnya umat Islam parti Pas yang terus ditipu.
“Memang kena tipu lagi, sebab rakyat undi untuk bersuara di Parlimen, tapi Parlimen pun dia selalu ponteng.
“Tax dan taxi pun tak dapat bezakan. Tak perlu bisinglah!
“Siapa yang suka berdalih eh berdalil sekarang?,” demikian antara sindiran netizen di ruangan komentar perkongsian poster Hadi di TV Pas.
BACA JUGA Walau dunia tidak menentu, pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjur naik kepada 4.4 peratus