Sah enam kapal Malaysia bawa bekalan minyak selamat berlepas dari Selat Hormuz

Enam daripada tujuh kapal Malaysia disahkan sudah berjaya melepasi Selat Hormuz yang dalam perjalanannl membawa bekalan minyak mentah ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan bahawa sebuah lagi kapal yang membawa bekalan sama ketika ini sedang tersadai di pelabuhan kerana rosak.

“Tan Sri Tengku Muhammad Taufik (presiden dan CEO kumpulan Petronas) sebentar tadi memberitahu perkembangan mengenai kemudahan dan pengangkutan perjalanan kapal kita.

“Alhamdulillah semua terlepas, satu sudah pun hampir sampai, satu sudah berlepas cuma satu kapal kita mengalami kerosakan yang tersadai di pelabuhan. Jadi yang enam lagi itu berjalan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Kg Cheras Baru, Pandan.

Beliau menambah, bekalan minyak untuk bulan April dan Mei buat masa ini masih berada dalam keadaan yang sangat terkawal.

Pada 6 April, Kedutaan Iran di Malaysia memaklumkan kapal pertama Malaysia telah berjaya merentasi Selat Hormuz susulan ketegangan terbaru di rantau itu.

Menerusi hantaran di X, kedutaan berkenaan memuat naik gambar kapal itu dengan kapsyen Iran tidak melupakan sahabatnya dan telah membenarkan laluan kapal Malaysia.

BACA JUGA ADUN Pas pertahan Hadi Awang, dakwa minyak Malaysia tak lalu Selat Hormuz