Ayam, telur, beras murah tapi ada masih ‘rindu’ zaman kerajaan 33 bulan

Harga barangan asas kini rata-rata lebih rendah walaupun harga minyak dunia melambung berbeza dengan situasi semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Seorang pengguna Facebook, Zulkepli Samuri secara sinis mempersoalkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengapa harga beras, telur dan ayam tidak tinggi.

“Wahai YB Bang Mat Sabu! Kenapa barang-barang seperti beras, telur, ayam semua murah sangat sekarang ni? Padahal, minyak dunia naik Harga!

“Kami rindukan zaman kerajaan 33 bulan. Minyak masak 5 kilogram RM35. Minyak paket pun lesap,” tulisnya sekaligus menarik perhatian warganet.

Sementara itu, pengguna media sosial dikenali sebagai Zaha meluahkan rasa syukur terhadap kestabilan bekalan dan harga barangan asas menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Beliau menyatakan bahawa sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, bekalan bahan mentah seperti gula, telur, beras, tepung dan minyak masak sentiasa mencukupi tanpa gangguan.

“Harga pun sangat murah. Paling tak sangka bawang pun murah. Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan MADANI,” katanya lagi.

BACA JUGA Mengejutkan! Tergamak remaja ini campak bata dari tingkat atas PPR