Guna MyKad untuk subsidi, langkah strategik kekang salah guna, jimat belanja

Oleh SYAM GHAZ

Subsidi diesel ada kelebihan dia, masuk duit terus ke akaun.

Tapi sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) memang bijak. Lihat saja resit dah tahu.

Jika rakyat tak guna, duit subsidi kerajaan jimat, malah setiap liter rakyat guna atau tak guna kerajaan tahu.

Warganegara asing tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya. Penyeludup pula, jika menggunakan kad pengenalan orang lain, akan dapat dikesan dengan segera.

Idea BUDI MADANI RON95 guna kad pengenalan ini datang daripada Datuk Saifuddin Nasution, sebelum di KDN, beliau jadi Menteri KPDN semasa kerajaan PH1.0.

KPDN bertanggungjawab mengurus semua barangan bersubsidi, termasuk stesen minyak.

Apabila beliau berada di bawah KDN, terus guna kad pengenalan bagi pembelian minyak bersubsidi.

Malah, bantuan SARA juga disalurkan terus melalui MyKad secara serentak seakan-akan berfungsi seperti kad kredit.

Kad pengenalan diuruskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berada di bawah KDN. Pendekatan ini ibarat sebutir batu boleh lima hingga enam target kena.

Sebab itu, apabila kerajaan melaksanakan BUDI MADANI 95, antara menteri yang paling pantas memberi penerangan, menjawab hujah pembangkang serta turun ke stesen minyak ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Dalam masa terdekat, dijangka penggunaan diesel juga akan dilaksanakan melalui sistem yang serupa dengan BUDI MADANI 95.

Malah, kad pengenalan baharu yang dijadual dilancarkan pada Jun nanti dijangka lebih canggih, dengan fungsi serta ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Doakan semua berjaya ya.

BACA JUGA Zon Timur catat skor perpaduan tinggi – Yuneswaran