Malaysia di tangga teratas ’20 Negara Paling Disukai di Asia’

Malaysia disenaraikan di tangga teratas dalam senarai ’20 Negara Paling Disukai di Asia’ yang dikeluarkan oleh Insider Monkey, mengatasi beberapa negara maju serantau.

Senarai tersebut turut meletakkan Taiwan di tangga kedua dan Singapura di tempat ketiga, diikuti Jepun dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kelompok lima teratas.

Menurut laman penyelidikan pelaburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu, Israel berada di nombor lapan walaupun negara haram itu dihujani kritikan banyak pihak susulan jenayah perang dilakukannya terhadap Palestin, Iran dan Lubnan.

Kedudukan Malaysia di tangga teratas boleh ditafsirkan melalui beberapa faktor persepsi yang sering dikaitkan dengan negara ini.

Antaranya, kos sara hidup dan pelancongan yang relatif rendah, kepelbagaian budaya dan makanan serta infrastruktur pelancongan yang baik.

Faktor-faktor tersebut sering menjadikan Malaysia sebagai destinasi mesra pelancong, sekali gus menyumbang kepada imej positif dalam kalangan pengunjung antarabangsa.

BACA JUGA Terkejut murid belajar bawah khemah, PM arah cari penyelesaian segera