Mengejutkan! Tergamak remaja ini campak bata dari tingkat atas PPR
Tular rakaman video memaparkan seorang budak lelaki mencampak blok bata dari tingkat atas sebuah rumah pangsa.
Menerusi klip video dipercayai diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, remaja berkenaan awalnya dilihat berjalan di laluan pejalan kaki.
Dia yang memakai seluar hitam dan berbaju T merah itu kemudiannya berhenti dan mengambil seketul bata di hadapan salah sebuah rumah.
Seterusnya, remaja dianggarkan berusia belasan tahun berkenaan mencampak bata itu ke aras bawah pangsapuri itu selepas meninjau seketika keadaan sekitar.
Serentak itu juga, kedengaran suara seolah-olah individu bertempik dari bawah manakala remaja terbabit dilihat menundukkan badannya untuk cuba bersembunyi.

Tarikh tertera menunjukkan kejadian mengundang kegemparan umum itu berlaku kira-kira jam 3.08 petang semalam.
Sehubungan itu, orang ramai menggesa pihak polis mengambil tindakan memandangkan pernah berlaku kes individu maut selepas terkena objek yang dibaling dari tingkat atas rumah pangsa.
BACA JUGA Guan Eng cadang lima langkah selamatkan 1.1 juta PMKS