Guru rempuh pelajar di sekolah dibawa ke mahkamah untuk proses reman
Semalam negara digemparkan dengan kejadian seorang murid sekolah maut dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu guru di dalam kawasan sekolah.
Pagi ini, guru wanita berusia 57 tahun itu dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.
Guru berkenaan dilihat menaiki trak polis jam 8.40 pagi dan memakai baju lokap.
Suspek akan direman di Mahkamah Majistret dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Media semalam melaporkan, seorang pelajar tingkatan 1 maut dipercayai dirempuh sebuah SUV di dalam kawasan sekolah.
Pelajar berkenaan dikatakan baru sahaja keluar surau selepas selepas selesai menunaikan solat zohor berjemaah.
Mangsa Nur Fatimatul Hawa Mohd. Azaudin, 13, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi pelajar perempuan cedera dan menerima rawatan di hospital.
Siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.