Berita baik untuk pesawah, kerajaan setuju naikkan insentif kepada RM300
Kerajaan hari ini bersetuju menaikkan kadar Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) buat kali kedua bagi musim penanaman tahun ini kepada RM300 sehektar semusim.
Berbanding tahun lalu, insentif pesawah adalah sebanyak RM160, manakala pada 2024 pula hanya RM100.
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 200,000 pesawah dengan tambahan peruntukan sekitar RM40 juta
Pengumuman dibuat Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir adalah satu daripada berita baik yang diumumkan hari ini.
Selain itu, kerajaan turut bersetuju menaikkan kadar bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi kepada RM400 sebulan berbanding RM300 sebelum ini melibatkan tambahan dana kira-kira RM20 juta sebulan dan memberi manfaat kepada lebih 200,000 penerima.