DBKL, JKM dan Pejabat Parlimen Tun Razak hulur sumbangan kepada angsa ribut Flat Sri Pulai Pinang

FOTO BERITA: Penyampaian Sumbangan kepada tiga keluarga mangsa ribut yang berlaku pada 2hb Mac 2026 lalu yang disempaikan oleh Datuk Azman Abidin Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri di Blok 4, Sri Pulau Pinang, Taman Ikan Emas, Cheras, Kuala Lumpur. 14hb April 2026 (Selasa)

Menurut Datuk Azman, bantuan yang disalurkan melibatkan sumbangan tunai daripada beberapa agensi, termasuk RM300 daripada JKM dan RM1,000 daripada IPKR, selain sumbangan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap rumah oleh Pejabat Parlimen yang akan diserahkan dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, hari ini kita bersama pihak DBKL dan JKM menyampaikan sumbangan kepada tiga buah rumah yang terjejas akibat ribut, termasuk kerosakan bumbung yang tercabut. Ini adalah sebahagian usaha berterusan membantu mangsa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan awal kecemasan berupa barangan makanan dan keperluan asas telah pun disalurkan kepada mangsa sejurus selepas kejadian.

Tambahnya, tindakan pantas ini mencerminkan komitmen DBKL, JKM dan Pejabat Parlimen dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara setiap kali berlaku musibah. (Gambar: Chung Yew boon

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama pelbagai pihak termasuk komuniti setempat yang bersama-sama membantu mangsa terlibat.

Mengulas lanjut, Datuk Azman berkata kawasan Taman Ikan Emas yang didiami penduduk sejak lebih 50 tahun lalu kini sedang melalui perancangan pembangunan semula oleh DBKL.

“Projek pembangunan semula ini melibatkan kira-kira 5,000 unit rumah ganti dengan keluasan sekitar 800 kaki persegi. Harga yang ditawarkan dianggarkan sekitar RM40,000 hingga RM42,000 seunit,” jelasnya.

Menurut beliau, fasa pertama pembangunan dijangka bermula pada Jun ini, dengan pelaksanaan secara berperingkat yang dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Beliau optimis pembangunan semula ini bakal memberikan kediaman yang lebih selesa dan berkualiti kepada penduduk di kawasan tersebut pada masa hadapan.