Hadi tergamak sebut ‘pemimpin yang bebal atau bangang’ isu urus harta negara

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tergamak menyebut ungkapan “pemimpin yang bebal atau bangang” ketika menegaskan bahawa pengurusan dan pengagihan harta negara perlu dilaksanakan secara adil.

Menerusi siri Minda Presiden hari ini, pemimpin pembangkang itu berkata, apa yang berlaku di hadapan mata pada masa ini bukan kerana hasil negara tidak mencukupi.

Sebaliknya, kata Hadi, ia berpunca daripada “mereka yang bebal, tidak amanah dan jahil terhadap agama, bahkan khianat terhadap harta negara dan berlaku zalim terhadap rakyat.”

Tegas Ahli Parlimen Marang itu dalam tulisannya bertajuk ‘Dalam Islam tidak ada ajaran yang bebal’, mereka terbabit juga tidak berlaku adil kepada semua kerana memberi secara terpilih mengikut penyokong, kroni dan pengampu sahaja.

“Harta negara diambil dengan adil dan perlu dibahagikan dengan adil juga, mewajibkan para pemerintah yang berakhlak dan berilmu, bukan pemimpin yang bebal atau bangang,” kata Hadi lagi.

BACA JUGA ‘Malaikat di kubur nanti tanya apa kamu buat untuk rakyat, nanti YB jawab …’