Tayang babak di ranjang ketika persembahan teater, ini respon Universiti Malaya
Universiti Malaya memandang serius isu yang sedang berlegar di media sosial ketika ini berhubung adegan berunsur ‘soft porn’ yang ditunjukkan dalam persembahan teater universiti berkenaan.
UM berkata, hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan, sekali gus melanggar syarat pertandingan yang telah ditetapkan.
Pihak universiti juga membuat permohonan maaf atas kekhilafan serta sebarang kegusaran yang timbul.
“Untuk makluman, berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) Universiti Malaya, setiap persembahan hendaklah bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik Universiti.
“Sehubungan itu, Universiti Malaya dengan ini memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul,” menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporar UM hari inu.
UM menegaskan, pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang telah ditetapkan.
Persembahan berkenaan juga telah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai, dan tindakan susulan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan perkara seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Malaya melalui emel corporate@um.edu.my.
BACA JUGA Dulu kata lawan fitrah, sekarang Pas pun nak sifarkan miskin tegar