Tekanan dari dalam meningkat, Zohran Mamdani kritik AS belanja hampir RM2 bilion sehari untuk perang
Tekanan dari dalam Amerika Syarikat semakin meningkat apabila Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani mengkritik tindakan Washington kerana membelanjakan ratusan juta dolar setiap hari hanya untuk kos perang.
Menurut beliau, sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.98 bilion) dibelanjakan setiap hari untuk serangan ketenteraan terhadap Iran.
Dengan jumlah itu, ia sepatutnya boleh digunakan untuk membayar lebih ramai guru, membina perumahan awam, serta membaiki jalan raya dan jambatan jika dilaburkan untuk kesejahteraan rakyat.
Kenyataan itu mengubah fokus perdebatan daripada operasi ketenteraan di luar negara kepada peluang memperbaiki kehidupan rakyat di dalam negara.
Dalam keadaan ramai rakyat berdepan tekanan kos sara hidup dan ekonomi, pandangan tersebut mencetuskan perbincangan mengenai keutamaan perbelanjaan negara serta bentuk kemajuan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.
BACA JUGA KPKM puji inisiatif kerajaan Selangor, seru negeri lain tampil bantu sektor agromakanan