85 peratus rakyat Malaysia dapat subsidi diesel, tapi yang 15 peratus pula diperbesarkan
Sebanyak 85 peratus rakyat di negara ini menikmati subsidi diesel, sekali gus tidak terkesan dengan harga pasaran diesel.
Manakala hanya 15 peratus rakyat terkesan dengan kenaikan harga bahan api itu berikutan krisis tenaga global pada masa ini.
“Minyak diesel yang tinggi itu memang ada kesan. Pada siapa? 15 peratus rakyat. 85 peratus rakyat itu tidak menggunakan diesel pada harga pasaran tetapi harga subsidi.
“Yang dihebahkan ialah 15 peratus (terkesan), yang 85 peratus itu tidak disebut sama sekali,” katanya memetik Malaysia Gazette.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa bagi sektor pengangkutan, kerajaan memberikan pengecualian kepada bas sekolah dan lori pengangkutan strategik tertentu.
Beliau turut membangkitkan isu yang dibincangkan di peringkat satu Dewan Undangan Negeri mengenai dakwaan kononnya golongan nelayan terkesan dengan kenaikan harga pasaran diesel.
“Nelayan itu guna harga minyak diesel subsidi, bukan harga diesel pasaran. Jadi jangan beri contoh itu,” kata beliau.
BACA JUGA Kerjasama Malaysia–Australia perkukuh rantaian bekalan baja ketika krisis global