Netizen minta muslimat Pas tengok dulu semua video sebelum pertahan Tiktoker biadab
Pas berterusan mempertahankan seorang pengguna TikTok yang disiasat pihak berkuasa, walaupun video individu tersebut jelas mengandungi unsur penghinaan dan cacian melampau.
Hantaran Facebook Dewan Muslimat Pas Malaysia yang mendakwa siasatan pihak berkuasa sebagai satu bentuk intimidasi, menjadi ‘backfire’ apabila orang ramai mempersoal kembali adakah muslimat Pas sudah meneliti kandungan video sebenar sebelum kenyataan dibuat.
Ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri banyak kritikan pengguna media sosial yang mempersoal kewajaran pendirian tersebut
Mereka berkata, muslimat Pas seharusnya mendengar dahulu bagaimana TikTokers itu meratib kata-kata kesat seperti ‘babi’ dalam video-videonya.
“Rasanya ustazah ni patut dengar perempuan ini ratib babi, babi. Kalau boleh dengar dalam 5 minit pun cukup,” komen Mohd Zamri Shamsudin.
“Dia memaki hamun, mencarut dan menghina orang lah ustazah. Ayat Quran dan hadis mana yang membenarkan perkara jijik dan keji seperti itu. Astaghfirullah,” tulis Zubki.
Dalam nada kecewa, seorang lagi pengguna media sosial berkata, adakah Dewan Muslimat Pas Malaysia tidak menyedari bagaimana kesatnya bahasa dan betapa lucahnya perkataan yang dikeluarkan wanita itu.
Dia meminta supaya Pas menonton kesemua video-video wanita berkenaan untuk mengetahui kenapa wanita itu wajar ditangkap dan diberi amaran.
“Astaghfirullahal’azim. Saya masih berhusnuzon bahawa pihak Dewan Muslimat Pas mungkin tidak menyedari bagaimana kesatnya bahasa dan betapa lucahnya perkataan yang dikeluarkan wanita ini.
“Tolonglah tengok semua video-video wanita ini untuk betul-betul memahami kenapa beliau wajar ditangkap dan diberi amaran. Saya mengharapkan pihak Dewan Muslimat mempertimbangkan semula keputusan mempertahankan wanita ini,” kata Zarinah MY.
BACA JUGA Ramai nampak harga minyak naik, tapi tak nampak apa jadi di belakang…ini yang berlaku sebenarnya