Gempa bumi di Kundasang awal pagi tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan satu gempa bumi lemah berlaku di Kundasang, Sabah pada jam 3:02 pagi tadi.

Gempa itu berpusat pada koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur, kira-kira 8 kilometer barat laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

Gegaran dilaporkan mungkin dirasai di sekitar kawasan Ranau, namun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan diterima.

Jabatan itu memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa bagi memastikan sebarang perkembangan dapat dimaklumkan kepada orang awam.

BACA JUGA Viral anggota beruniform pijak kepala lelaki, ini respon pihak polis