Wanita Indonesia menangis tak dapat RON95 RM1.99, netizen luah puas subsidi bersasar berkesan
Seorang wanita Indonesia menangis dan merayu Kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka selaku isteri kepada warganegara Malaysia, untuk mendapatkan RON95 pada harga RM1.99.
Perkongsian wanita tersebut di TikTok sambil menangis dan merayu kepada kerajaan, menarik perhatian rakyat negara ini.
Wanita itu berkata, kenapa mereka tidak boleh menggunakan visa untuk mendapatkan subsidi RON95, sedangkan mereka adalah isteri kepada rakyat Malaysia.
“Salam Kerajaan Malaysia. Tolonglah kasihani kami. Kami isteri-isteri kepada warganegara Malaysia. Kami legal. Kami ada visa spouse tapi tak diakui waktu isi minyak, tetap saja dicaj RM4.20.
“Kenapa bezanya begitu tinggi. Kalau ada kad pengenalan, minyak RM1.99. Tolonglah jangan macam ini. Kami isteri bekerja. Suami sudah pencen atau ada kawan saya suami tak dapat bekerja kerana kemalangan.
“Dan kami juga perlu menanggung biaya minyak untuk guna setiap hari untuk bekerja. Tolonglah Kerajaan Malaysia. Sesuatu yang mudah jangan dibuat sulit. Sekurang-kurangnya, bolehkan visa spouse digunakan untuk isi minyak,” luahnya dalam video.
Perkongsian itu segera tular di media sosial dan menjadi perbincangan di platform Threads.
Pengguna media sosial mempersoal adakah wanita itu faham bahawa RON95 dikhaskan hanya untuk warganegara Malaysia sahaja, dan tidak sepatutnya kerajaan memberikan subsidi secara sama rata kepada warga asing.
“Dia faham ke tak maksud subsidi untuk warganegara Malaysia sahaja. Spouse visa ke, sijil nikah je tak laku okay. Rakyat pun struggle, banyak cantik nak sama rata. Rakyat Malaysia ada kad pengenalan tapi tak ada lesen pun tak dapat RM 1.99 tu,” tulis pengguna she17a_.
Ia turut dipersetujui pengguna lain yang menyokong subsidi bersasar diperkenalkan kerajaan, dengan menyatakan rasa lega kerana akhirnya tidak lagi perlu menanggung warga asing melalui subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia.
Sebahagian netizen turut berpandangan bahawa sebelum ini ramai bukan warganegara yang menikmati subsidi negara, dan keadaan itu tidak adil kepada rakyat tempatan yang membayar cukai.
Mereka beranggapan langkah menyaring penerima subsidi ini memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia, malah ada yang menyuarakan harapan agar manfaat yang diterima dapat dipertingkatkan selepas golongan tidak layak tidak lagi menikmati kemudahan tersebut.
“Fuhh leganya bila bayar cukai tapi dah tak tanggung orang bukan warganegara. Anwar, you will got my vote for the next election selagi buat subsidi bersasar macam ini,” komen ziqachix.
“Nampaknya selama ini ramai yang bukan warganegara menikmati subsidi Malaysia. Rakyat Malaysia patut dapat lebih dari 200 liter sebulan sebab dah berjaya buang semua yang tak layak,” tulis cheerlyn_001.
BACA JUGA Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 1 tengah hari ini