D-Day Trump: Pilih nuklear atau Hormuz, dunia menahan nafas menanti keputusan AS
Oleh WAN HASNI WAN SULAIMAN
D DAY bermaksud Decision Day, iaitu hari dimana Donald J Trump mesti membuat keputusan terhadap perang Iran.
Untuk memudahkan pembaca, biar saya rumuskan maksudnya di sini dengan bahasa yang mudah dan ringkas.
Caveat saya ialah, saya meminta pembaca jangan salah mentafsir dan saya jangan dipersalahkan sebagai menakut-nakutkan orang ramai.
Keputusan yang perlu dibuat oleh Trump dan Iran boils down kepada dua, iaitu Enriched Uranium (60%) atau EU60% dan Selat Hormuz. Kedua-dua nya Iran mempunyai “upper hand”.
Sementara, Trump pula sebenarnya hanya boleh memilih satu daripada dua, iaitu sama ada EU60% atau Selat Hormuz, dan pilihannya jelas, EU60% sebagai pilihan utama.
Pilihan Israel (a must for Israel) adalah EU60%. They “don’t care” apa yang nak jadi kepada Selat Hormuz.
Untuk negara-negara Teluk (dan kesemua yang bergantung dengan minyak dan gas dari Teluk) – Selat Hormuz adalah segala-galanya – ini adalah isu kepada Eropah, Asia dan lain-lain.
Untuk Iran pula, tiada sebab untuk mereka melepaskan kawalan terhadap EU60% dan juga Selat Hormuz.
Tindakan lain seperti pencerobohan darat, sekatan dan pengeboman fasiliti minyak serta gas sebenarnya lebih bersifat “posturing” oleh AS dan kuasa-kuasa besar lain seperti China, Rusia dan Eropah.
Langkah yang sama turut dilakukan oleh Iran sebagai tindak balas. Dalam keadaan ini, bekalan minyak, gas dan lain-lain hanya menjadi kesan sampingan.
Walaupun dianggap sampingan, kesannya tetap amat besar dan memberi impak kepada seluruh dunia, termasuk AS sendiri. Kesimpulannya, segala-galanya kembali tertumpu kepada EU60% dan Selat Hormuz.
Dalam “game theory”, konsep mudah yang boleh digunakan ialah Prisoner’s Dilemma atau Game of Chicken untuk meramalkan langkah yang bakal diambil oleh setiap pihak, khususnya Amerika Syarikat. Jadi, biar saya layout logiknya di sini.
Jika Iran melepaskan EU60%, mereka akan kehilangan kelebihan sebagai alat tawar-menawar, sekali gus berisiko kehilangan pengaruh terhadap Selat Hormuz.
Hal ini kerana EU60% bersifat “semua atau tiada langsung”, manakala Selat Hormuz boleh dikawal dan dimanfaatkan secara berperingkat.
AS juga memahami hakikat ini dengan jelas, termasuk bagaimana Iran menggunakan Selat Hormuz sebagai leverage strategik dalam rundingan geopolitik.
Dipengaruhi Israel
Bagi AS, Selat Hormuz merupakan pilihan yang lebih mudah, iaitu melalui rundingan untuk memastikan laluan itu dibuka secara bebas dengan persetujuan bersama Iran, sesuatu yang dilihat boleh dilaksanakan.
Secara logiknya, AS mampu mengemukakan penyelesaian yang praktikal bagi Selat Hormuz dan memberi manfaat kepada banyak pihak.
Namun begitu, keputusan tersebut bukan sepenuhnya di tangan AS, sebaliknya lebih dipengaruhi oleh Israel.
Pilihan paling optimum bagi Amerika Syarikat (dan Israel) adalah untuk memusnahkan sepenuhnya semua kemungkinan simpanan EU60% di dalam Iran.
Ini merupakan strategi “jika kami tidak dapat memilikinya, maka pihak lawan juga tidak akan dapat memilikinya.”
Hakikat inilah yang membuatkan saya berasa tertekan dan sukar untuk tidur.
Jadi, apa akan terjadi?
Pilihan paling optimum bagi AS (dan Israel) adalah untuk memusnahkan sepenuhnya semua kemungkinan simpanan EU60% di dalam Iran.
Ini merupakan strategi “jika kami tidak dapat memilikinya, maka kamu juga tidak akan memilikinya.”
Hakikat inilah yang membuatkan saya berasa tertekan dan sukar untuk tidur.
Sebab ini membawa maksud kepada pengunaan “tactical bombs” yang membawa kesan negatif yang teramat besar.
Pilihan terbaik bagi Iran, dengan memahami tindakan yang bakal diambil oleh Amerika Syarikat (dan Israel), adalah untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat buat masa ini.
Saya percaya Iran telah membuat persediaan terhadap kemungkinan tersebut, termasuk memindahkan sebahagian, jika bukan keseluruhan, simpanan EU60%.
Dalam masa yang sama, Iran juga tidak mempunyai keperluan untuk meningkatkan EU60% kepada 90% dalam keadaan sekarang.
Sebaliknya, keutamaan utama Iran adalah untuk terus menguasai dan mempertahankan Selat Hormuz secara aktif dan kukuh.
Jadi, sekiranya D DAY membawa kepada AS mengambil jalan optimal mereka, jawabnya Selat Hormuz akan tertutup dalam jangka masa yang lama. Cukup lama.
Sebabnya, setelah itu, ianya akan menjadi siapa yang boleh bertahan lebih lama (who can hold their breath longer).
Iran berupaya bertahan dalam tempoh yang agak lama. Sebaliknya, jentera perang AS pada kali ini hanya mampu bertahan sekitar tiga hingga enam bulan, atau mungkin sedikit lebih lama, untuk berada di perairan Selat Hormuz bagi melaksanakan sekatan.
Sekiranya beban untuk mengekalkan sekatan di Selat Hormuz menjadi terlalu berat, pilihan mereka menjadi lebih mudah, iaitu berundur dan meninggalkan kawasan tersebut.
Langkah itu diambil bagi mengurangkan korban serta membolehkan mereka mengisytiharkan kemenangan.
Kita mungkin berharap agar rasionaliti dan pertimbangan waras akan mengatasi segalanya.
Namun hakikatnya, keputusan yang bakal diambil tetap dianggap rasional bagi pihak yang terlibat. Sebaliknya, ia mungkin kelihatan tidak rasional bagi pihak lain seperti kita.
Pertimbangan akal biasa pula hanya terpakai kepada orang awam, bukan kepada Trump dan pihak Israel yang beroperasi di luar kerangka tersebut.
Sebagai ringkasan, perang AS-Iran adalah perang bagi pihak Israel, dan fokus utamanya ialah program nuklear.
Keadaan ini telah berlarutan sejak sekian lama dan sentiasa menjadi realiti sepanjang masa.
Pada ketika ini, satu-satunya pilihan yang dilihat berdaya maju bagi AS dan Israel adalah untuk menamatkan isu ini secara muktamad.
Inilah yang telah saya cuba jelaskan sejak sekian lama melalui pelbagai bentuk kiasan.
Apa yang akan berlaku selepas itu? Saya sendiri tidak mahu membuat ramalan terlalu jauh. Cukuplah dengan satu ungkapan: bersedialah menghadapi impaknya.
Untuk kali ini, saya tidak menyediakan infografik kerana situasinya terlalu menggerunkan. Allahul musta’an. Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan.
BACA JUGA RM200 juta sehari subsidi bahan api, ramai tak tahu kerajaan tanggung beban fiskal amat besar